Salji ‘Turun’ Di Rembau, Tarikan Terbaru Pelancong Ke Negeri Sembilan!

Memang mustahil untuk ada salji dalam cuaca panas di Malaysia ini. Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih bolehlah bermain salji di negara luar seperti Eropah dan lain-lain.

Tapi jika anda mahu lebih jimat dan dalam masa sama teringin berikan keriangan kepada anak-anak untuk merasai pengalaman bermain salji, mungkin ini solusinya.

 

Antara lokasi tarikan pelancong untuk bermain salji di Malaysia, ada beberapa destinasi yang boleh dituju seperti Snow Walk di I-City, Selangor atau Snow World di Genting Higlands.

Snow Walk I-City
Snow Walk I-City

Terbaru, anda mungkin boleh cuba untuk kunjungi Rumah Salji Rembau di Negeri Sembilan. Lokasinya yang terletak setengah jam dari Seremban, Negeri Sembilan. Jadi jika anda tinggal di Selatan tanah air, bolehlah kunjungi hasil usaha binaan bumiputera ini.

Rumah Salji Rembau adalah hasil idea Mohd Khairul Azman Mustakim, 31 kini menjadi salah satu tarikan pelancong dan penduduk setempat.

Mohd Khairul Azman Mustakim bergambar di depan Rumah Salji Rembau.
Mohd Khairul Azman Mustakim bergambar di depan Rumah Salji Rembau.

Menurut Mohd Khairul Azman, dia mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk membina rumah salji ini dengan bermodalkan RM20,000.

Tambahnya lagi, Rumah Salji Rembau ini mendapat kunjungan lebih daripada 1,000 pengunjung setempat dan juga dari luar termasuk Putrajaya, Johor dan Kuala Lumpur.

Kanak-kanak sedang berseronok dalam Rumah Salji Rembau.
Kanak-kanak sedang berseronok dalam Rumah Salji Rembau.

Rumah Salji Rembau ini berkonsepkan kawasan permainan kanak-kanak mengenakan bayaran masuk sebanyak RM15 untuk kanak-kanak berusia satu hingga 17 tahun dan RM5 untuk orang dewasa termasuk sewa baju sejuk dan kasut khas.

Waktu operasinya adalah dari pukul 9 pagi hingga 6.30 petang dari Selasa hingga Ahad.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *