Rosmah hadir siasatan skandal SRC International 10.45 pagi di Pejabat SPRM

Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.45 pagi.

Rosmah turut diiringi anak perempuan beliau Nooryana Najwa Najib, menantu lelakinya Daniyar Keesibayev dan barisan peguam.

foto by Malaysia Gazette – Fareez Fadzil

Beliau hadir untuk memberi keterangan dan bagi membantu siasatan berhubung kes membabitkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Perkembangan hari ini adalah susulan sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta pada Jumaat lepas untuk menghantar notis meminta anggota Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sejak awal pagi, media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan.

SRC International merupakan anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Rosmah lantik peguam baru temani ketika siasatan SPRM

Isteri kepada bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melantik sebuah pasukan peguam baru bagi menemani beliau dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam kanan, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent akan mengiringi Rosmah ke SPRM.

 

Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak tiba untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Malaysia pada 5 Jun 2018. REUTERS / Lai Seng Sin

“Ya saya dan Geethan mewakili Rosmah tetapi bukan (Datuk Seri) Najib (Razak),” kata Kumaraendran ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain bekas pendakwa raya kanan, Datuk Yusof Zainal Abiden dan peguam kanan M Puravalen dikatakan menarik diri daripada mewakili pasangan itu atas persetujuan bersama.

Puravalen dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini berkata:

“Saya dan Yusof telah berhenti daripada mewakili Najib, saya juga telah menarik diri daripada mewakili Rosmah,” katanya.

Sekiranya benar, ini adalah kali kedua peguam Najib dan Rosmah telah menarik diri daripada mewakili pasangan itu.

 

Kredit: Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *