Rentetan isu perlantikan dalam Khazanah, Ini komen dari Azmin Ali yang panjang lebar. Wan Azizah turut menyebutkan yang..

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelantikan dirinya dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd tidak melanggar manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, perkara itu adalah prerogatif perdana menteri dan berkaitan soal konvensyen.

“Secara konvensyen, perdana menteri akan menjadi pengerusi Khazanah.

“Matlamat Khazanah adalah untuk menguasai aset strategik negara. Peranan ketua eksekutif negara iaitu perdana menteri penting (sebagai) pengerusi Khazanah,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen malam ini.

Semalam, pelbagai pihak mengecam langkah meletakkan Mahathir dan Azmin dalam lembaga pengarah Khazanah dan berkata ia melanggar manifesto HARAPAN.

Janji 22 manifesto itu menyebut, “Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah dalam GLC nasional dan negeri adalah adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.”

Ia tidak menjanjikan perdana menteri tidak boleh dilantik memegang jawatan dalam GLC, sebaliknya berjanji perdana menteri tidak akan memegang portfolio lain dalam kabinet.

Agenda ekonomi baru

Berhubung pelantikannya sendiri sebagai pengarah Khazanah, Azmin berkata ia selaras dengan usaha merangka agenda dan dasar ekonomi yang baru.

Beliau juga menegaskan pengurusan Khazanah akan tetap merangkumi golongan profesional.

“Perdana menteri sedang meneliti beberapa nama yang akan diumumkan dalam masa terdekat, dan satu dua nama lagi untuk kewangan dan pentadbiran Khazanah. Ia tidak libatkan perdana menteri,” katanya lagi.

Pengarah Khazanah lain yang dilantik setakat ini adalah Tan Sri Hassan Marican yang juga anggota Majlis Penasihat Kerajaan, bekas timbalan gabenor Bank Negara Sukhdev Singh dan pengarah Maybank Asset Management Group Berhad Goh Ching Yin.

Pelantikan mereka selepas ahli lembaga pengarah sebelumnya menawarkan untuk letak jawatan minggu lalu, bagi memberi laluan kepada peralihan bawah kerajaan baru.

Berhubung Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura pula, Azmin berkata beliau mungkin akan bertemu dengan kerajaan Singapura awal Ogos ini, kerana sibuk dengan urusan parlimen pada masa ini.

 

Saifuddin: Isu HSR, perjanjian air tak gugat hubungan M’sia-S’pura

Terdahulu, penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan kajian semula Perjanjian Air 1962 tidak merencatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebaliknya, katanya, kedua-dua kerajaan melihat isu HSR dan perjanjian air perlu ditangani tetapi tidak seharusnya menganggu gugat hubungan baik dua hala yang sedia ada.

Malah, kedua-dua kerajaan mahu mempertingkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara, katanya kepada Bernama pada lawatan rasmi pertama ke negara ini atas jemputan rakan sejawatannya, Dr Vivan Balakrishnan.

Kunjungan tersebut adalah sebahagian daripada siri lawatan suai kenal Saifuddin selepas dilantik sebagai Menteri Luar baharu pada 2 Julai lalu.

Saifuddin, yang tiba hari ini untuk lawatan rasmi dua hari itu. diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Wisma Putra.

Selepas jamuan tengah hari dihoskan oleh Dr Vivan, Saifuddin mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Menurut Saifuddin, ​​​​​​​projek HSR dan perjanjian air telah dibangkitkan semasa pertemuan dengan Lee dan Dr Vivan.

“ Saya memberi penjelasan terbaik mungkin mengenai kedua-dua isu tersebut.

“ Kami melihat gambaran yang lebih besar…bagi hubungan bilateral, ia masih kukuh dan kami mahu berkerja keras untuk membawanya ke tahap yang lebih tinggi,” katanya yang dijadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean, esok.

Mengenai projek HSR, Saifuddin berkata beliau memaklumkan kepada Lee dan Dr Vivan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berkunjung ke sini untuk mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata projek HSR ditangguhkan kerana negara tidak mampu buat masa ini.

Mengenai Perjanjian Air 1962, Saifuddin berkata terdapat klausa dalam perjanjian untuk mengkaji semula perjanjian untuk membekalkan air ke negara itu.

“Saya berpendapat isu cadangan dan cadangan balas mengenai isu bekalan dan rawatan air boleh dibincang dan diselesaikan,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Jom saksikan video, komen Presiden PKR berkenaan isu perlantikan Tun M dan Azmin Ali sebagai Pengerusi dan Pengarah Khazanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *