Ramalan tepat anak muda Malaysia ini tarik perhatian pemain Manchester United

Memang satu kebiasaan apabila kita membuat ramalan tentang perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran kita. Biasanya ia dilakukan secara suka-suka. Ada kalanya ia mengena, ada kalanya ia tidak. Tetapi tiada siapa menyangka ramalan anak muda dari Malaysia ini akan menjadi sebutan di seluruh dunia.

Sebelum perlawanan di antara PSG menentang Manchester United yang berlangsung pada pukul 4 pagi hari Khamis (Waktu Malaysia) yang lalu, seorang peminat Manchester United dari Malaysia, Timmy Chin telah membuat satu ramalan berkenaan perlawanan itu.

Apa yang menakjubkan, tekaan Timmy ini benar-benar berlaku dan Manchester United berjaya membuat kebangkitan dramatik untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi dua jaringan Lukaku dan tendangan penalti yang disempurnakan Marcus Rashford di hujung permainan.

Tweet Timmy ini telah berjaya mencuri perhatian bukan sahaja peminat Manchester United dari seluruh dunia, tetapi juga daripada pemain Manchester United sendiri.

 

 

 

 

Selepas dicabar oleh ketua pasukan Manchester United, Ashley Young, nampaknya Timmy Chin telah membuat satu lagi ramalan menjelang perlawanan hujung minggu ini berdepan Arsenal. Adakah ramalannya kali ini akan tepat juga? Sama-sama kita nantikan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Fox Sports

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*