Rakyat Malaysia kagum tengok ‘skill’ amoi ini tebar roti canai mamak di Melbourne

Roti canai memang antara makanan yang paling sinonim di Malaysia, boleh dikatakan ia adalah antara makanan kegemaran rakyat di negara kita ini.

Tetapi jangan terkejut, sebenarnya makanan Malaysia juga boleh didapati di luar negara. Seperti baru-baru ini, telah tular rakaman seorang gadis sedang menebar roti canai di salah sebuah restoran di Melbourne, Australia.

Jika dapat diperhatikan, cara gadis itu menebar roti sangat hebat sekali walaupun nampak bersahaja. Malah, tembarannya juga lebih besar, berbanding dengan apa yang selalu kita lihat.

Kalah mamak punya roti canai !Restoren di Melbourne Aus.

Posted by memes_puaka™ on Saturday, September 7, 2019

Tidak dapat dipastikan sama ada gadis penebar roti canai itu adalah warga tempatan atau tidak, tetapi dapat dilihat reaksi individu yang merakam video itu sangat teruja dengan ‘skill’ menebar gadis tersebut.

Video tersebut yang kini semakin tular, telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, rata-ratanya memuji gadis tersebut yang handal menebar roti canai.

Sumber : Memes Puaka via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *