Pusat beli belah himpun produk Bumiputera bakal dibuka di Cyberjaya

Sebuah pusat beli belah yang akan menghimpunkan produk Bumiputera akan dibuka berhampiran Raudhah City di Cyberjaya

Pengasas syarikat pemaju, Raudhah City Sdn Bhd, Mohd Fadzil Hashim berkata idea untuk membuka Malakat Mall bertujuan meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam pasaran runcit.

Kaanya, kajian menunjukkan sektor peruncitan Bumiputera masih tidak berkembang kerana tidak dapat menyertai pasaran.

CEO Raudhah City, Mohd Fadzil Hashim

“Bila kami analisis data, ia menunjukkan sebab kita tak boleh pergi jauh adalah kerana kita tiada akses kepada pasaran.

“Kita tiada pusat beli-belah, jadi antara rancangan strategik kami adalah untuk mempunyai pusat beli-belah,” katanya dipetik portal The Malaysian Insight.

Tambahnya, isu sebenar melibatkan peniaga Bumiputera bukanlah persaingan dengan usahawan kaum lain tetapi mengenai perkembangan usahawan Bumiputera itu sendiri.

“Sebab itu, selepas 62 tahun Merdeka, komuniti Bumiputera masih ketinggalan dalam sektor ekonomi.

“Mereka tidak ada dalam sektor peruncitan sedangkan siapa kawal sektor peruncitan dia akan kuasai ekonomi,” katanya yang turut mengusahakan sekolah tadika swasta popular Brainy Bunch.

Alhamdulillah! Strategic meeting with Dato Nazim aka To’Ki President PPIM.InShaAllah, we were asked to create economic…

Posted by Fadzil Hashim on Sunday, September 8, 2019

Bagaimanapun, Fadzil menjelaskan pusat beli-belah itu tidak ada kaitan dengan kempen mengutamakan produk Islam dan Bumiputera yang hangat diperkatakan sekarang.

“Idea kita untuk tubuhkan Malakat Mall ini jauh lebih awal daripada kempen utamakan produk Melayu dan Islam yang berlaku hari ini,” katanya.

Selain itu, Fadzil turut mahu syarikat asing mengurangkan kepentingan dalam pasaran runcit untuk membolehkan lebih ramai usahawan Bumiputera terlibat dalam sektor peruncitan.

“Sasaran kita adalah untuk membolehkan kehadiran perusahaan Bumiputera dalam industri peruncitan ini dirasai dengan mengurangkan pemilikan asing daripada terlibat dalam pasaran.

“Kita nak syarikat asing melabur dalam bidang strategik, tetapi bukan datang ke negara kita menjual ayam dan beras, bukan melakukan perniagaan yang rakyat kita sendiri boleh buat,” katanya.

Bagaimanapun Fadzil berkata beliau berhasrat menyediakan 20 peratus tempat di pusat membeli-belah itu kepada syarikat bukan Bumiputera atau syarikat asing.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *