Polis sahkan Adib cedera kerana dipuukul

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan dakwaan bahawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar jentera bomba dan bukannya dipuukul dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di Putra Heights, Subang Jaya, adalah tidak benar.

Beliau berkata maklumat yang diperoleh tidak mendapati Muhammad Adib, 25, dilanggar seperti yang tular di media sosial.

“Kalau tak dipuukul macam mana dia boleh cedera kritikal ketika ini? Kita sekarang sedang kenal pasti siapa yang viralkan video berkenaan (yang kononnya menujukkan Muhammad Adib dilanggar).

“Kita juga masih sedang buru individu terlibat memukul Muhammad Adib. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bantu siasatan polis untuk kenal pasti mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Mohamad Fuzi bercakap pada sidang media selepas merasmikan Forum Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC): Ke Arah Perkhidmatan Kepolisan Yang Cemerlang hari ini.

Semalam, Badan Bertindak Selamatkan Kuil Sri Maha Mariaman mendakwa Muhammad Adib tidak dipuukul sekumpulan perusuh sebaliknya beliau dihimpit jentera bomba, bagaimanapun dakwaan itu disangkal Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipuukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata beliau perkata polis masih belum meluluskan penganjuran perhimpunan mengenai ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadual berlangsung di ibu negara.

“Mereka (penganjur) telah membuat pemohonan…kita sudah panggil penganjur. Setakat ini kita masih belum bagi permit kerana kena buat penilaian berkaitan keselamatan dahulu di samping mereka juga perlu mendapatkan kebenaran DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur),” katanya.

Pada 23 Nov lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD. Susulan itu kerajaan berpendapat tiada keperluan menganjurkan perhimpunan berkenaan.

– Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: mkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*