PM umum duit raya untuk peneroka FELDA dan FELCRA

Bagi meringankan beban akibat peningkatan kos sara hidup golongan peneroka Felda dan Felcra, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan insentif khas buat dua golongan itu.

Menurut Dr Mahathir, bayaran insentif itu akan dibuat sebelum Aidilfitri.

“Bayaran insentif khas kepada peneroka Felda sebanyak RM450 akan diberikan kepada semua peneroka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Malah bayaran RM100 juga akan disalurkan kepada bukan ahli Felda dan Felcra.

Sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan kepada peneroka Felda adalah daripada kerajaan manakala RM44 juta untuk peneroka Felcra keuntungan agensi itu sendiri.

Tambah Dr Mahathir, bayaran insentif itu akan disemak semula pada tahun hadapan.

Ia bagi memastikan penerima Bantuan Sara Hidup yang akan menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak lagi menerima insentif ini.

Untuk rekod, seramai 105,000 daripada 112,000 peneroka di seluruh negara bersama agensi itu sehingga kini.

Manakala 70,856 ahli Felcra dicatatkan sepanjang tahun lalu.

Semalam, Felda melalui Facebook mengumumkan pihaknya menerima banyak persoalan berkaitan pembayaran bonus hari raya.

“Apa yang admin dapat jawab, tiada apa-apa keputusan berkaitan pembayaran bonus ini dapat dibuat memandangkan mesyuarat lembaga tidak dapat dijalankan tanpa Pengerusi yang baharu.

“Bagi anak-anak pula, inilah masa untuk berbakti kepada orang tua sempena hari raya yang menjelang.

“Ini sahaja dapat admin kongsikan buat masa ni, sama-sama kita bina #MalaysiaBaru,” katanya.

Tetapi hari ini, berita yang di tunggu-tunggu saban hari menjelma juga apabila PM mengumumkan pemberian insentif raya kepada peneroka Felda dan Felcra. Terima kasih PM dan barisan kerajaan dengan keprihatinan anda telah menjadikan lebaran tahun ini lebih meriah dan bermakna.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*