Pertemuan Bersejarah Antara Sultan Johor dan Tun Mahathir..

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Johor Bahru petang ini untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini.

Tun Mahathir tiba dengan pesawat khas pada jam 3.30 petang.

Tun Mahathir tiba untuk menghadap Sultan Johor
Tun Mahathir tiba dengan pesawat khas pada jam 3.30 petang. – Foto Astro AWANI

Beliau disambut Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dan barisan Exco Negeri Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

Pertemuan Tun Mahathir dengan Sultan Ibrahim adalah pertemuan pertama selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, Mei lalu.

 

Kenderaan Yang Digunakan Perdana Menteri Tun Mahathir Untuk Mengadap Sultan Ibrahim

OHOR BAHRU: “Kita berbincang masalah dihadapi, bertukar pandangan, saya cerita pandangan rakyat terhadap tuanku dan baginda terima dengan baik,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pertemuan tertutup dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Perdana Menteri berkata, beliau dan Sultan Johor juga bersetuju pada masa hadapan, jika ada masalah beliau boleh berjumpa dengan Sultan Johor.

Mengenai isu yang dibangkitkan dalam pertemuan itu, Dr Mahathir berkata, pelbagai masalah dibincangkan tetapi enggan mengulas lanjut.

“Macam-macam masalahlah (dibincangkan). Saya tak payah cakap, itu antara dia (Sultan Ibrahim) dengan saya,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, selepas pertemuan itu, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, pertemuan itu tidak membincangkan mengenai soal pelantikan Yang di-Pertuan Agong.

“Yang itu soal raja raja, tak ada kena mengena dengan saya,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau dan Sultan Johor juga bersetuju jika ada apa-apa isu, mereka boleh berbincang, berjumpa atau berhubung.

Beliau turut mengakui pertemuan itu adalah yang pertama selepas dirinya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Dr Mahathir juga mengakui pertemuan itu menjadi satu dimensi baru hubungannya dengan Sultan Johor yang sebelum ini dikatakan tegang.

” Ya, saya boleh communicate (berkomunikasi) dengan dia, kita bersetuju supaya kita frank (berterus terang), bercakap secara terus terang, tak ada sembunyi sembunyi dan bagi dia punya pandangan, saya bagi saya punya pandangan,” katanya.

Dr Mahathir dan Sultan Johor mengadakan pertemuan selama 90 minit, di Istana Bukit Serene, dekat sini.

JOHOR BAHRU: Kemesraan antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terserlah apabila baginda sendiri berkenan memandu Proton Saga pertama negara untuk menghantar Dr Mahathir sejauh 22 kilometer ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dekat sini.

Proton Saga dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu adalah pemberian kepada ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong.

Proton Saga adalah kereta pertama keluaran syarikat automobil negara Proton ketika Dr Mahathir pertama kali menjadi Perdana Menteri pada tahun 80-an.

Sementara itu dalam sidang media kemudian, Dr Mahathir turut melahirkan rasa kagum dengan Proton Saga itu yang masih dalam keadaan baik walaupun sudah berusia

32 tahun.

“Kereta yang berusia 33 tahun yang amat baik yang diberikan oleh saya kepada ayahanda baginda di Kuala Lumpur dulu.

“Kereta manual ini masih elok dan mungkin dipandu dengan baik, tidak pernah rosak.

Jadi saya ini bukti yang baik keupayaan Proton Saga. Sudah berusia 34 tahun tapi masih berfungsi.

“Kereta ini dah berjalan 22,000 dan haega dia dulu RM17,000, itu sebab kita bagi kepada Yang di-Pertuan Agong dulu,” katanya.

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan memandu sendiri Proton Saga edisi pertama yang dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar pada 1985. – Foto Hairul Anuar Rahim

 

Sultan Ibrahim pandu Proton Saga hantar Tun M ke LTAS

Kereta dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail pada tahun 1985.

 

Video Penuh Sultan Johor berkenan menghantar Tun M dengan Proton Saga pertama

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Utusan / BH / Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *