Pentingkan video daripada bantu bunyikan hon pada pemandu ‘microsleep’, si perakam dikecam

Microsleep, adalah keadaan dimana tidur singkat yang sukar untuk dikawal dan boleh berlaku dalam tempoh beberapa saat dimana ia terjadi tanpa amaran. Sering berlaku kepada individu yang sedang mengantuk tetapi cuba untuk kekal berjaga.

Terbaru, satu rakaman telah tular di sosial media memaparkan sebuah kereta telah terlibat dalam kemalangan, dipercayai pemandunya mengalamai microsleep. 

Di dalam rakaman yang diambil oleh salah seorang saksi yang kejadian, memaparkan kereta mangsa sudah mula nampak seperti tersasar daripada laluan sebelum merempuh lori yang berada di hadapan.

Namun dalam kalangan netizen pula, rata-ratanya mula mempersoalkan tindakan si perakam yang lebih fokus merakam video yang berdurasi 45 saat itu daripada cuba untuk menghalang kemalangan tersebut.

Ramai yang berpendapat, bahawa kemalangan tersebut boleh dielakan jika si perakam itu bertindak membunyikan hon bagi menyedarkan pemandu tersebut.

Setakat ini, tidak dikenal pasti identiti dan keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Diharapkan, kejadian ini menjadi iktibar buat kita supaya bertindak bijak jika terjadi kecemasan yang sebegini rupa.

Sumber : My Watch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *