Pengiktirafan UEC: Rais bidas tindakan Peguam Negara

SHAH ALAM – Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim, membidas tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di bawah persijilan profesion undang-undang dan syarat menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Menurut beliau, keputusan yang dibuat secara ‘unilateral’ (sebelah pihak) itu secara tidak langsung mendatangkan risiko terhadap kenegaraan dan keutuhan jurusan pendidikan nasional.

“Kamu seharusnya menunggu kementerian berkaitan menjalankan perbincangan dan pertimbangan serta seterusnya, dirujuk ke Kabinet sebelum keputusan dibuat.

“”Dalam pendidikan undang-undang kamu mengiktiraf UEC, sedangkan dalam sistem vernakular keputusan belum diputuskan,” katanya dalam nota bantahan kepada Tommy yang dimuatnaik dalam laman Facebook, hari ini.

 

Menurut Rais, tindakan mengiktiraf UEC sekali gus, menyebabkan negara mempunyai dua saluran pendidikan rasmi.

Dalam pada itu, bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan itu turut mempertikaikan tindakan Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching yang membuat pengumuman berhubung pengiktirafan UEC sebagai prasyarat menduduki peperiksaan CLP.

“Dakwaan orang ramai mengenai peguam negara terjebak dalam politik partisan semakin kuat susulan Nie Ching mengumumkan pengiktirafan UEC ke atas bidang undang-undang bagi pihak Jabatan Peguam Negara.

“Lebih baik Tommy yang mengeluarkan kenyataan terbabit supaya Nie Ching tidak mengeksploitasi kedudukannya,” jelasnya.

Terdahulu, Jumaat lalu Tommy merangkap Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB), mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan bagi menduduki peperiksaan CLP.

 

Terima kasih Peguam Negara iktiraf UEC – Nie Ching

Image result for Teo Nie Ching uec

KUALA LUMPUR 30 Mac – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.

Menerusi kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin dalam akaun Facebook rasminya malam tadi, Nie Ching turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.

“Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG).

“Terima kasih Peguam Negara,” katanya di sini.

Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.

Katanya, perubahan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelbagai cadangan daripada ramai orang dan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom (UK) mengenai penerimaan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang. – UTUSAN ONLINE

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: SH / Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *