Pelamin tak sarat bunga, majlis kahwin anak MB Terengganu cukup sederhana

UMUM sedia maklum bahawa isu hantaran tinggi dan bajet kahwin yang mencecah puluhan ribu ringgit hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Walaupun tidak semua orang sanggup berhabis untuk nampak mewah, namun hakikatnya ia masih dilakukan oleh segelintir pasangan pengantin.

Hantaran tiga dulang je?

Namun begitu, ada juga individu yang mengikut ajaran Islam dengan tidak bermewah-mewahan semasa majlis perkahwinan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook milik seorang jurugambar profesional, Hishamuddin Abdullah, dia telah memuat naik beberapa keping gambar perkahwinan anak kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menariknya, majlis perkahwinan itu dilangsungkan dalam suasana yang penuh sederhana.

Jurugambar itu juga memberitahu bahawa Dr. Samsuri hanya makan di tangga selepas majlis pernikahan berlangsung.

Majlis perkahwinan itu melibatkan anak kedua YB Dr. Samsuri Ahmad iaitu Nabilah Ahmad Samsuri dengan pasangannya, Mohd Abdul Rahman al-Hafiz.

Majlis macam orang biasa-biasa je

Majlis yang dihadiri sanak-saudara dan rakan taulan ini dilihat tidak terlampau mewah walaupun kedudukan Dr. Ahmad Samsuri sebagai seorang menteri besar.

Gambar-gambar majlis perkahwinan anak MB ini menjadi tular kerana sejak beberapa ketika, isu perkahwinan kerap kali menjadi perbalahan di media sosial berpunca daripada video seorang gadis mengulas mengenai wang hantaran perkahwinan yang begitu tinggi mengikut taraf pendidikan seseorang wanita.

Sumber: Hishamuddin Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*