Pasangan Katak Yang ‘Dikahwinkan’ Untuk Panggil Hujan, Dipaksa ‘Cer4i’ Kerana Hujan Turun Lebat Sangat

Pada bulan Julai, dua ekor katak telah dikahwinkan dalam satu upacara suci di Udupi untuk dipersembahkan kepada dewa hujan bagi memohohon agar hujan turun di kawasan tersebut, di India.

Walau bagaimanapun, rumah tangga pasangan katak tersebut hanya bertahan selama dua bulan sahaja kerana terpaksa diceraikan gara-gara hujan yang turun ke kawasan tersebut, turun dengan sangat lebat.

Majlis perkahwinan tersebut telah diuruskan oleh Nagarika Samithi dan Pancharatna Seva Trust pada Julai lalu, namun pada hari ini Om Shiv Seva Shakti Mandal do Bhopal telah menceraikan pasangan tersebut apabila hujan yang dipohon itu melangkaui jangkaan mereka.

Gambar: Dailyhunt

Satu-satunya cara untuk menyelamatkan kawasan Madhya Pradesh yang terjejas teruk adalah dengan memisahkan pasangan katak tersebut, dan disebabkan itulah pasangan itu diceraikan.

Perkahwinan yang hanya bertahan selama dua bulan itu akhirnya sampai ke penghujungnya. Sesetengah penduduk di India percaya bahawa perkahwinan katak dapat menenangkan dewa hujan.

Difahamkan, pasangan katak tersebut turut diaturkan untuk berbulan madu. Selain daripada itu, kad jemputan perkahwinan katak tersebut turut diedarkan bagi mengundang tetamu untuk datang meraikan majlis tersebut.

Sumber: news18 via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *