Papagomo Ditahan Reman. Peguam Papagomo Jelaskan Kenapa Dia Ditahan

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo masih berada di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang selepas hadir memberi keterangan awal pagi tadi.

Wan Muhammad hadir ke balai polis tersebut untuk membantu siasatan dipercayai berhubung perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijangka berlangsung pada 8 Disember depan.

“Salam pada semua followers page Sir Azri, kami sekarang masih berada di pekarangan Lokap Berpusat Jinjang dan masih menunggu perkembangan terkini.

“Pihak peguam telah masuk lebih kurang setengah jam lepas. Pihak admin akan update sekiranya ada perkembangan terkini.

“Sama-sama kita doakan agar tempoh tahanan tidak terlalu lama agar Sir Azri dapat turun Himpunan Bantah ICERD 8 haribulan nanti,” kata pengurus Facebook miliknya

Sumber Artikel : Utusan Online

Update Dari Facebook Papagomo

Foto 'Solidarity For Gomo' yang dikongsi dan tular di media sosial.

 

Salam buat teman seperjuangan dan followers page Sir Azri.

Seperti yang kita semua telah sedia maklum,sahabat kita telah diminta untuk ke balai polis bagi tujuan soal siasat atas sebab kelantangan beliau dalam mempertahankan hak Melayu dan bumiputera di negara ini..

Perjuangan Sir Azri ini hanya boleh sampai ke matlamatnya sekiranya perpaduan ummah sesama bumiputera dan orang Melayu terutamanya dirancakkan biarpun berbeda pandangan politik.

Malangnya ada pihak yang nampaknya tidak senang dengan laungan perpaduan ini dan cuba mewujudkan persepsi yang negatif terhadap sahabat kita Sir Azri.Sama-sama kita berdoa dan terus beri sokongan kepada sabahat kita ini.

Dari maklumat yang pihak admin terima, Sir Azri mungkin akan direman esok di lokap Jinjang pukul 8 pagi esok.Pada yang berkesempatan dan ingin turun memberi sokongan esok, pihak admin amat mengalu-alukan penyertaan saudara-saudara semua dalam usaha meneruskan momentum perjuangan dalam menyatukan ummah walaupun dalam tempoh Sir Azri ditahan di dalam lokap.

Sebarkan pada semua rakan-rakan seperjuangan dan moga-moga semangat kita dalam mempertahankan hak dan menyatukan ummah Melayu dan bumiputera tidak luntur…

Mohon Sokongan Anda Turun Esok Jam 8 Pagi di Lokap Jinjang Untuk Meneruskan Perjuangan Sir Azri.

RAKAMAN LIVE UPDATE DARI PEGUAM PAPAGOMO

“Diminta semua sahabat atau penyokong papagomo, minta semua bertenang dan biarkan pihak polis jalankan siasatan. Polis memberitahu Papagomo telah beri kerjasama penuh kepada pihak polis dan layanan papagomo di dalam reman juga tiada masalah” – Peguam Papagomo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: KLviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*