Pakar Ini Analisa 3 Masalah Psikologi Ada Pada Dato’ Aliff Syukri Atas Tindakannya. Tak Sangka Dato’ Aliff Syukri Ada Symptom Ni

Rasanya tak perlu nak perjelaskan lagi tentang kehangatan isu ‘cakap lepas’ yang Dato’ Aliff Syukri dah lakukan pada konsert Gegar Vaganza 5 Ahad lalu.

Bermacam-macam reaksi positif mahupun negatif daripada artis dan netizen. Terbaru, seorang psikologis pula membuat analisa dari segi Psikologi yang mendorong Dato’ Aliff Syukri bertindak sedemikian.

 

1. Personaliti Dramatik

Kecoh isu Aliff Syukri baru-baru ini, panggil perempuan hodoh, bomoh, susuk dan pegang muka perempuan tanpa minta izin.

Ada penjelasan Psikologi di sebaliknya. Nak tahu?

Aku bukan back up dia, just observing and analysing.

Pertama.

Personaliti seseorang, biasanya ada 4 jenis. Aku ambil dari perspektif konsep Appearance, Behaviour and Communication. Iaitu 4 personaliti:

Natural
Romantik
Klasik
Dramatik

Untuk kes Aliff Syukri, dia obviously Dramatik, seseorang yang suka WOW dalam semua benda.

Ini contoh pakaian orang Dramatik.

Suka elemen wow,
Berani berbeza dengan orang lain, Over confident dan tak takut kecaman orang, sebab personaliti dia memang macam tu.

Dorang jenis semua benda nak over dan lain daripada orang lain. Sebab tu dorang jenis tak makan saman.

Image result for dato seri vida

Sumber : Google
 

Dalam kes Aliff Syukri, perangai dia memang obviously Dramatik.

Suka Wow, 
Gaya pelik, 
Nak stand out,

Senang cerita, publicity is his friend, no matter how cheap it is. It’s his personality (but not an excuse to do body shaming of other people)

Selain dikategorikan sebagai seorang yang berpersonaliti dramatik, pakar psikologi ini juga menjelaskan bahawa tindakannya itu datang daripada impulsif yang tinggi dimana ia ada sangkut paut dengan penyakit disleksia yang dialami oleh Dato’ Aliff Syukri.

 

2. Impulsif Tinggi

“Kedua.

Aliff Syukri pernah kata dia disleksia, maksudnya special needs seseorang yang ada masalah membaca, mengira, dan otak tak boleh proses visuo-spatial coordination.

Senang faham, Kau baling bola kat orang disleksia, dorang susah nak tangkap.

Ini tak menjawab kenapa dia jenis macam tu.

Cuma, bila seseorang tu dah ada sejenis kecelaruan perkembangan neuro macam tu, probability untuk ada lagi kecelaruan lain tu akan lagi tinggi berbanding orang biasa.

Dalam kes dia, aku perasan dia sangat impulsif (high impulsivity)

Orang yang tinggi impulsif:

1. Cepat melatah 
2. High energy 
3. Tak ada butang pause.

Maksudnya, dia terlalu cepat respons/bertindak tanpa fikir dulu.

Analoginya, kereta yang laju tanpa brek. Biasanya budak ADHD ada kondisi macam ni.

Dalam kes Aliff Syukri, memang jelas nampak sangat tinggi impulsif.

Main lepas cakap, 
Tak fikir dulu sebelum buat, 
Sangat “hyper” and full of energy.

Aku tak terkejut tengok perangai dia macam tu.

Cuma aku sedih bila tak ada nampak bibit penyesalan pun dalam respons dia isu ni.”

Tambahnya lagi, dia dapat lihat bahawa Dato’ Aliff Syukri ini kemungkinan sedang mengalami kemurungan.

Sebagai seorang pakar, dia dapat melihat petanda-petanda kemurungan pada abang terlajak laris ini disebalik kemewahan dan keceriaannya. Sebagai contoh,sikap attention seeker, baca penjelasannya di sini…

 

3. Depresi

Image result for aliff syukri murung
Sumber: Google

“Aku sebenarnya dah lama syak Aliff Syukri ada simptom ke arah kemurungan.

Walaupun dia nampak bahagia, seronok promote dan gelak macam nak mati, tu semua topeng.

Dan tindakan pelik dia lately is worrying. He is seeking attention.

A call for help.

Although I am mad with his behaviour, I am also sympathise with him (not backing up).

Allah uji dia dengan harta banyak, dikenali ramai, tapi dengan hati yang kosong dan sepi.

If you ask me, I would rather have an average life but full of joy and memories with my loved ones.

 

Kesimpulan,

1. Personaliti Dramatik 
2. Impulsif tinggi 
3. Depresi

 

Tiga point yang aku nampak, MUNGKIN penjelasan tindakan dia selama ni.

Atau, Bisnes dia semakin struggling dan dia tengah buat cheap marketing (time tu dia promote produk kan)  You decide which one

Tujuan dia membuat perkongsian ini bukanlah mengesahkan bahawa Dato’ Aliff Syukri ini ada masalah tersebut, ia hanya sekadar pemerhatian dan analisis berdasarkan apa yang terjadi di berita.

Bahkan, niatnya bukanlah mahu membela Dato’ Alif Syukri sekalipun, dia juga turut marah dan terkilan atas tindakan yang dilakukan oleh Dato’ Aliff.

Apa pun, harap kes ini dapatkan diperbaiki secepat mungkin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber; Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*