Pada Hari Kejadian, Aku…. – Selepas 5 Bulan Berlalu, Danial Arif Dedah Cerita Sebenar

Ingat lagi tak kejadian penghujung tahun lalu yang menimpa seorang rakyat Malaysia, Daniel Arif Ahmad Fuad, 22 tahun yang separuh dari kakinya hancur ketika mencari bekerja di sebuah kilang pengitar sampah di Samseong, Seoul Korea Selatan.

Akhirnya selepas 5 bulan berlalu, semalam Daniel Arif Ahmad Fuad ada berkongsi luahannya menerusi akaun facebooknya Danial Arief :

PADA HARI KEJADIAN AKU….

Harini mood aku agak membosankan sebab tak pergi mana. Yelarh cuaca sini kejap ok kejap tak kan. So aku harini rehat je dalam bilik aku. Ramai org yg baru follow aku nak tahu mcm mana terjadi. Apa sebab terjadi. Ok. Ada sikit benda aku nak tulis cerita pada hari kejadian.

Isnin 19 Oktober 2018
Aku bangun pagi mcm biasa pukul 6 pagi. Start keje pukul 7 pagi. Dah mandi apa semua pukul 6:40 aku turun ke bilik lepak hisap rokok. Yang anehnya, safety boot aku hilang pada hari tu. Dah mcm org gila aku cari tak jumpa. Takpe la. Aku pinjam kasot member aku then teros pegi start mesin. Maklom la tu la keje aku. Start mesin recycle.

Pukul 9 pagi aku punya agent kesayangan aku dtg. Aku panggil dia Omma sbb dia dah mcm mak aku n layan aku mcm anak dia. Dia ambik aku sbb nk pegi klinik check kaki aku. Seminggu sebelom tu, kaki aku terkena pisau bahagian betis. Dalam dia punya luka beb. Settle je kt klinik dia tanya aku nak makan apa. Aku jawab je la tak kisah pon. Sekali bawak aku pegi Lotteria. Haaa makan burger bhai breakfast. Katanya pizza tk bukak lagi. Hahaa. Habes makan terus hantar aku balik kilang.

Pukul 3 petang mesin stop sbb jem tetiba. So aku as operator, technician, engineer apa semua aku pegi tolong tgk apa yg jadi. Mesin tu tk bergerak beb. Tkleyh jalan. Kitorang pon heran. Aku pon tanya la kat aku punya leader means orang lama, nak tak masok dlm mesin. Dia kata ok jap nk stop mesin. Dia dah settle ok aku masuk. Tengah clearkan benda yg bole punca sangkut tetiba aku terjunam dlm pengisar. Allahuakbar! Aku jerit! Aku mengucap! Aku fikir aku nk mati. Kaki aku kebas! Aku tgk peha aku isi terkeluar. Menitik air mata aku. Aku mengucap byk kali. Sempat mesin tu member aku stopkan. Ya Allah member aku semua keliling aku menangis tgk aku. Sahabat aku nak pengsan. Menggigil aku tgk. Diorang bg aku air. Time tu aku meraung sekuat hati!! Aku jerit Laillahaillallah.

Lepas 3 minit bomba n medic datang. Dia tenangkan aku. Check tekanan aku mcm mana. Memang aku haus ya amat. Aku piker ya Allah inikah sakaratul maut??? Aku rasa dahaga sgt2. Sebelom diorang dtg aku minum 2 botol air member aku bg. Org medic tu tanya aku nama apa, duduk mana. Aku dah stress dah. Aku minta air dia kata tk boleh. Bahaya. Aku heran laa. Pastu dia bg bantuan oxygen kt mulut aku. Bole pulak dia ajak borak dgn aku. Ok kaki kanan aku memang hancur habes. Kaki kiri sangkut. So diorang decide utk potong. Time dorang potong tu. Allahuakbar azab dia. Sakit yg tak pernah aku rasa. Lepas habes potong terus diorang angkat aku berjemaah masok ambulans.

Dalam ambulans pulak aku minta air. Wehh memang aku rasa dahaga sangat2!!! Dia tetap taknak bagi. Aku taknak pandang langsung apa jadi kaki aku. Takut aku pengsan. Tetiba ambulans berhenti. Tudiaa helikopter mai. Aku naik helikopter pulak. Time tu aku dah nak pengsan dah. Ada sorg tu tah la aku tktaw dia tampar muka aku. Dia cakap wake up! Pastu dia tanya apa makanan kegemaran aku. Kenapa tak suka makanan korea? Aku time tu sabar je. Mengucap je kt hati ni. Masa sama aku nk melayang. Aku pening sgt. Lepas 5 minit aku sampai Hospital Ajoudae. Kelam kabut diorang bawak aku. Time tu aku nampak kabur dah. Pangg kena tampar lg kat muka. Masok je dlm bilik bedah, aku tgk seramai tidak weh doctor sambil record aku ramai. Pastu dia letak anesthesia kt hidung aku terus pengsan…..

Lepas 3 hari aku pon sedar… Benda pertama aku cari air. Memang aku dahaga sgt2. Sakit betul tekak aku diorang letak apa benda tah. Esok hari pulak pukul 6 petang mak n ayah aku masok tgk aku. Ya Allah betapa sedihnya aku tgk diorang nangis. Sumpah aku tak kuat…

So pengajarannyaa lepasni nak kerja safety utamakan ok. Piker logik. Jangan jadi mcm aku.

Salam anak perantauan 😎

Rata-rata komen mendoakan Danial Arief

 

Wajah terkini Danial Arief :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber Asal FB : Danial Arief

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *