Nyanyi lagu medley untuk tangani rasa sakit ketika berkhatan, gelagat adik ini buat ramai terhibur

Berkhatan merupakan salah satu aktiviti yang biasa dilakukan sempena musim cuti persekolahan.

Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang berkhatan akan menangis disebabkan rasa sakit yang mereka lalui ketika dikhatankan, namun berbeza pula dengan seorang kanak-kanak ini apabila video dia yang sedang menyanyi semasa berkhatan mula tular di laman Facebook.

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat begitu tenang dan santai menyanyikan beberapa buah lagu dan juga zikir untuk menghilangkan rasa takut dan sakit sepanjang proses berkhatan.

Ramai netizen yang terhibur dan tak kering gusi setelah menonton video yang dikongsi oleh salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fendy Mael itu. Video itu juga dikatakan memperoleh hampir 150K tontonan dalam masa 3 jam selain turut dikongsikan oleh portal media serta pengguna Facebook yang lain.

Sumpah aku terhibur

Ni betul2 medley live ni

 

Haha, part last tu, terima kasih doktor

Ayah dia gelak sampai keluar air mata weyh

Terbaik adik ni haha

Sedap jugak suara dia

Ayah please simpan video ni untuk tatapan 15 tahun akan datang

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : FB Fendy Mael via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*