Nurul Izzah kongsi sebab ‘patah hati’

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengaku “patah hati” dengan perkembangan politik kebelakangan ini.

Dalam wawancara Straits Times, Nurul Izzah juga memberi gambaran bahawa penggal ini akan menjadi yang terakhir baginya sebagai wakil rakyat.

Memberi gambaran tentang perkembangan politik dalam tempoh setahun lalu, anak perempuan Presiden PKR Anwar Ibrahim itu berkata: “Sangat mencabar dan huru-hara. Saya belajar banyak perkara, tapi saya juga rasa saya sudah seperti patah hati.”

Wawancara itu menggambarkan Nurul Izzah sebagai keberatan menyatakan secara spesifik sebab patah hati kerana mahu terus memberi “hormat” dan tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menyebutkan beberapa perkara yang mengecewakannya.

Salah satunya, Nurul Izzah mengakui penyertaan bekas ahli parlimen Umno dalam parti komponen PH merupakan perkara yang mengecewakannya.

“Ia situasi sukar yang sangat buruk, bukan hanya untuk PKR, tapi juga untuk pengundi dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Ia situasi yang sangat menyedihkan kerana saya percaya sistem dua gabungan penting untuk masa depan Malaysia,” katanya.

Nurul Izzah juga menegaskan perlunya naratif jelas untuk menguatkan golongan yang dianggap moderat.

“Kita tidak begitu tumpu untuk menguatkan yang di tengah-tengah. Kita tidak cukup berusaha untuk ketengahkan golongan yang dianggap moderat,” tambahnya.

Selain itu, bekas naib presiden PKR itu turut mengakui cabaran bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang satu ketika dulu merupakan seteru ayahnya.

“Bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Dua hari lalu, Nurul Izzah dilapor meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Perkembangan itu hadir selepas Dr Mahathir mengarahkan agar Ronald Kiandee terus memegang jawatan pengerusi PAC, meskipun bekas ahli parlimen BN itu sudah menyertai PH.

Keputusan Dr Mahathir itu dilihat bercanggah dengan manifesto PH yang berjanji agar pengerusi PAC diketuai pemimpin pembangkang.

Disember tahun lalu, Nurul Izzah membuat keputusan yang mengejutkan apabila meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Nurul Izzah juga sudah melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan menumpukan untuk menjadi ahli parlimen.

Nurul Izzah letak jawatan anggota PAC

Image result for nurul izzah letak jawatan

Terdahulu, Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Malaysia kini difahamkan anggota parlimen dari PKR mengemukakan peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Rakyat Mohd Ariff Md Yusof, pengerusi PAC Ronald Kiandee dan ketua whip Pakatan Harapan, Johari Abdul.

Peletakan jawatannya dibuat susulan ketidaksefahaman PH mengenai pemilihan kepimpinan PAC.

Gabungan itu sebelum ini berjanji agar pengerusi PAC diketuai pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan Ronald tidak perlu meletakkan jawatan selepas menyertai Bersatu.

Manakala Wong Kah Woh dari DAP kekal sebagai timbalan pengerusi PAC.

Ini bermakna buat kali pertama sejak 2004, kedua-dua jawatan tertinggi dalam PAC dipegang oleh wakil kerajaan.

Nurul Izzah sebelum ini mengkritik langkah kerajaan menyerahkan jawatan pengerusi PAC kepada wakil kerajaan.

“Pengerusi PAC harus diisi oleh pembangkang untuk memastikan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.

“Speaker sekarang jelas memiliki niat untuk melakukan pembaharuan isntitusi – untuk memastikan Parlimen berada pada kedudukan yang sama dengan eksekutif. Akan ingatkan beliau untuk turut berbuat demikian terhadap PAC,” kata anggota Parlimen Permatang Pauh itu minggu lalu.

Disember lalu, Nurul Izzah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *