Nike Perkenalkan Jersi Baharu Pasukan Harimau Malaya

Jenama Nike hari ini telah melancarkan set jersi terbaharu untuk pasukan bola sepak Malaysia.

Dengan tema rekaan haiwan kebanggaan Malaysia iaitu Harimau Malaya Nike telah mereka jersi ‘home’ berwarna kuning dengan belang harimau pudar. Untuk Logo Persatuan Bola Sepak Malaysia dan ‘swoosh’ Nike, mereka meletakkan pada bahagian kanan dan kiri baju.

Seterusnya rekaan baju ‘away’ pula Nike Mengambil ispirasi dari warna bendara Jalur Gemilang iaitu warna biru dan merah menjadi pilihan mereka. Rekaan jersi ‘away’ amat berbeza dengan ‘home’ kerana ia solid dan kosong tiada corak seperti baju utama. Untuk warna merah pula dibahagian lengan baju. Seluar putih dan stoking biru pula bakal menjadi pilihan untuk skuad negara kita untuk melengkapi set jersi ini.

Pengenalan baju baharu ini pasti penaik semangat untuk pasukan negara pada kejohanan kejohanan yang bakal berlangsung seperti Piala AFF Suzuki, U-16 Asia dan Sukan Asia Jakarta tak lama lagi.

stunning-nike-malaysia-2018-19-home-away-kits (2)
Malaysia 2018-2019 home jersey
stunning-nike-malaysia-2018-19-home-away-kits (3)
Malaysia 2018-2019 away jersey

Sementara itu, Nike juga telah melancarkan jersi untuk dua lagi pasukan Asia Tenggara iaitu Indonesia dan Singapura menjelang Sukan Asia dan juga Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada tahun ini.

Bagi Indonesia pula,mereka akan menggunakan jersi berwarna merah bagi perlawanan di tempat sendiri dan jersi putih di tempat lawan.Tidak banyak perubahan dari segi rekaan jersi Indonesia kecuali jersi tempat sendiri yang menggunakan warna merah sepenuhnya, berbanding mempunyai warna hijau di bahagian lengan jersi sebelum ini. Rekaan bagi jersi Singapura juga tidak banyak beza seperti sebelumnya dengan pasukan jiran kita ini akan menyarung jersi berwarna merah bagi aksi di tempat sendiri dan biru di tempat lawan.

Indonesia 2018-2019 home jersey
Indonesia 2018-2019 away jersey
Singapore 2018-2019 home jersey
Singapore 2018-2019 away jersey

 

Kredit: The Vocket / footyheadlines

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *