Netizen Mahu Aidil Jangan Seronok Sangat Nak Jumpa Vietnam, Tapi Disuruh Pergi Jumpa Dulu…

KEJAYAAN Harimau Malaya mara ke final Piala AFF 2018 turut dirasai ‘pemain ke-12’ malah mereka menaruh harapan tinggi agar Malaysia mampu menjadi juara edisi kali ini.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe semalam layak ke final selepas dua kali bangkit mengikat tuan rumah tetapi layak melangkah menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila seri 2-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala.

Ia adalah landasan terbaik buat Malaysia untuk memburu gelaran pertama sejak 2010 selepas melangkah ke final buat kali keempat.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jalil, Muhd Aminur Haziq berkata: “Malaysia berhak menang selepas menunjukkan corak permainan yang baik sewaktu menentang Thailand semalam, jadi saya harap aksi yang lebih baik ditampilkan sewaktu final nanti.

“Saya harap Harimau Malaya mampu menjuarai Piala AFF kali ini,” katanya.

Pelajar SMK Bukit Jalil, Muhd Haiqall Suliman:  “Malaysia beraksi dengan baik apatah lagi dengan gerakan serangan yang dilakukan ke pintu gol Thailand.

“Selepas berjaya tundukkan kuasa besar Thailand jadi saya dapat rasakan Harimau Malaya ada harapan besar untuk jadi juara AFF kali ini,” katanya.

Pelumba basikal trek negara, Eiman Firdaus Mohd Zamri:  “Saya bangga apabila lihat corak permainan Malaysia dengan Thailand dan saya harap Harimau Malaya mampu jadi juara AFF kali ini,” katanya.

 

TONTON VIDEO:

Netizen Mahu Aidil Jangan Seronok Sangat Nak Jumpa Vietnam, Tapi Disuruh Pergi Jumpa Dulu Anak-anak..

SEPANG: Pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak berharap aksi final Piala AFF 2018 mempertemukan Malayia dengan Vietnam kerana dia mahu melunas dendam ketika tewas 0-2 di peringkat Kumpulan tempoh hari.

Aidil, 31, mengakui Harimau Malaya kini semakin bersemangat untuk menebus dendam kekalahan itu.

“Saya tak kisah pasukan mana yang kita bakal hadapi di final nanti, tetapi saya mahu bertemu Vietnam, kerana kita tewas di peringkat kumpulan dan saya mahu balas dendam.”

Namun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui tidak pasti sama ada dia akan diturunkan menentang lawan pada aksi pertama final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

“Saya cedera di paha pada awal permainan semalam dan harap ia tidak serius, apapun saya akan berbincang dengan doktor untuk bermain dalam final.

“Saya belum terlepas sebarang aksi dan malam tadi pertama kali saya terlepas peluang bermain dan saya harap ia tidak serius,” katanya.

Aidil yang cedera seawal minit ke-18 semalam terpaksa digantikan dengan Irfan Zakaria namun mengakui terpaksa bertahan selama itu kerana begitu bersemangat untuk membalas hinaan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom ketika sidang media pra perlawanan sehari sebelumnya.

“Sebenarnya, semangat kami semarak kerana sebelum itu kami rasa terbakar dengan kenyataan Chatchai dan sebab itulah kami bangkit.”

“Kami  memenangi perlawanan itu dan merasai perasaan gembira, hanya kami serta rakan-rakan dan jurulatih akan memahami perasaan sebenar memenangi perlawanan itu,” katanya.

Sementara itu, kembar Aidil, Zaquan Adha Abd Radzak selaku kapten meminta penyokong Harimau Malaya sekali lagi memberikan sokongan padu di Bukit Jalil Selasa ini.

“Saya harap kami akan memberikan kemenangan sekali lagi jika penyokong semua memberikan sokongan padu yang akan membakar semangat kami untuk melawan,” katanya.

AIDIL Zafuan (kiri) dan Zaquan Adha bersama ibunya, Azizah Arshad, 56, di KLIA, Sepang, hari ini. – NSTP/Nurul Shafina Jemenon

Irish Dinie Nenek die tu yg kena perbetulkan sume ne….ank Dan ayah X bole berpisah smpi mati pun

Eyka Ismail aku pulak harap aidil jumpa anak2 diaa

Kamarrudin Mustapha Betemu dgn anak2 ko dulu laa.. Pasal maknya kau jgn risau, aku ada..
Kahkahkah

Faiz Rossa Jumpe la anak2 ko tu dlu aidil tu darah dging hang.bpe tahun hang xjumpe anak2 ko tu.sebab istri xbgi xkn tu pun ko takut. Ketua keluarga ni kna pandai nk uruskn anak2 hang .kesian anak2 hang tu dahaga kasih syg seorng ayah.ko xlma lagi da pencen xslemanya orng akan ada kt atas nanti karma akan berlaku tau 😂

Siti Aishah Abdullah Pergi laa jumpa anak2 tu.. Kesian mereka ber2 mengharap bapak bg tiket, x bg pun.. Ada bapak lupa anak2 esok2 anak2 berjaya. Ko dah tua br nk mengaku anak2..tgk laa budak2 ber2 tu minat sungguh dgn bola.. Sampai rita antaq k kelas utk belajar. Hang asyik sanjung bini sekarang..

Suhaily Samad Makcik x nk ajk anak tgk cucu ke???

membawangjap😂😂
Normahasurah Mohamad

Arm Arm Mak DIA kena ambil peranan. Mak dia Yg Tak suka Rita. Kesian ank2. Moga Allah buka Pintu hati Mak dia utk satukn Ank dgn Bapa diorang

Dyla JaafarHarap bertemu rita rudaini&ank2 juga 😘

Juriani Matrodzi
Kami rakyat Malaysia harap Aidil jumpa anak² Aidil tak kira sebelum game atau selepas game.. Kasihanilah anak² kecil yg tidak tahu apa² itu.. 😢

 

Selepas Menang Dengan Thailand, Ini Komen Kapten Zaquan Adha Kepada Isterinya, Ayu Raudhah

Image result for zaquan adha ayu raudhah aff suzuki

Kemenangan ke atas pasukan bola sepak Thailand merupakan antara hari yang paling membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia.

Kini pasukan bola sepak negara telah berjaya melayakkan diri ke peringkat final Piala AFF Suzuki 2018 dan bakal menentang Vietnam.

untuk kempen AFF Suzuki Cuop kali ini, kapten skuad Harimau Malaysia yang mengepalai pemain lain ialah Zaquan Adha Radzak yang juga suami kepada pelakon popular Ayu Raudhah.

Oleh itu, setelah menang, Zaquan Adha telah menzahirkan ucapan terima kasih buat ibu dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah di atas sokongan mereka selama ini.

Ini komen Zaquan Adha setelah menang ke atas Thailand:

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada mak tanpa doa mak sesuatu kejayaan itu tidak dapat diperolehi. Dan juga untuk isteri saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya, dari awal jatuh bangun saya, hanya isteri saya yang tahu”

Kemudian, Zaquan telah mengulas tentang aksi ketika berlawan dengan Thailand, dan kembar kepada Aidil Zafuan ini telah menyifatkan sumber kekuatan utama pasukan Malaysia berjaya melangkah ke aksi final adalah sokongan yang tidak terhingga daripada penyokong bola sepak negara dan rakyat Malaysia.

“Kepada seluruh penyokong bola sepak dan rakyat Malaysia, kami terus mengharapkan sokongan daripada anda pada final nanti jika stadium penuh dibanjiri seluruh rakyat Malaysia, ia memberi semangat untuk kami terus berjuang dalam bola sepak untuk final kali ini, pasukan kami tidak kuat tanpa sokongan rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah saya rasa satu rezeki untuk pasukan malaysia dalam situasi yang amat menggetirkan malam tadi kita hampir tewas pada saat akhir, tapi untuk kami kalau rezeki itu tak ke mana, bagaimanapun misi itu masih belum habis, kita masih ada misi untuk kejar di final nanti,”.

Good luck buat pasukan Malaysia dan Zaquan Adha dalam perlawanan final minggu depan melawan Vietnam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: BH / penmerahpress.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*