“Najib tak puas hati Petron sebagai salah satu pembekal rasmi bahan api kerajaan” Ini punca mengapa Najib masih lagi tak puas hati dengan Tun Mahathir

Lantik Petron timbul konflik kepentingan – Najib

KUALA LUMPUR: Pelantikan Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) sebagai salah satu  pembekal rasmi bahan api untuk kegunaan kerajaan dijangka akan menimbulkan konflik kepentingan memandangkan syarikat itu terkait anak Perdana Menteri, Mirzan Mahathir.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan kerajaan itu akan membenih persepsi negatif di minda rakyat Malaysia.

“Itu (persepsi) yang berlegar di minda ramai rakyat Malaysia hari ini.

“Sudah tentu timbul soal pemilik Petron yang boleh menjadi konflik dari segi keputusan dari sudut moral,” katanya ketika ditemui media di Taman Botani Perdana dalam program berkelah bersama Datuk Seri Najib sempena merdeka ke-61, di sini, hari ini.

Najib yang juga bekas menteri kewangan berkata, ramai yang berpendapat lebih wajar Petronas sahaja yang jadi pengedar minyak kepada kenderaan rasmi kerajaan sebab Petronas milik negara dan rakyat Malaysia.

“Petronas merupakan syarikat milik negara dan rakyat Malaysia. Jadi akan timbul persoalan mengapa Petronas dibenarkan diganggu gugat sumber pendapatannya melalui perbelanjaan Kerajaan tidak lain tidak bukan oleh Kerajaan Malaysia sendiri.

“Petronas mempunyai stesen di hampir semua kawasan di Malaysia dan sudah tentu bersama dengan Shell, merupakan kombinasi yang memadai untuk kenderaan kerajaan Malaysia.

“Jika alasannya adalah untuk kemudahan, mengapa Caltex dan BHP diketepikan sedangkan mereka mempunyai bilangan stesen yang hampir sama dengan Petron?” Soalnya.

Najib yakin ramai yang berpendapat lebih wajar Petronas yang menjadi pengedar tunggal kepada kenderaan rasmi kerajaan kerana Petronas milik negara dan rakyat Malaysia.

“Bahkan Petronas merupakan sebuah syarikat yang sudah menjadi kebangsaan negara jadi akan timbul persoalan mengapa syarikat yang berjaya di peringkat antarabangsa lebih kepada 40 negara,” tambahnya.

Image result for najib petron

Semalam, Kementerian Kewangan menjelaskan, pelantikan Petron bukanlah sebagai pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan kerajaan.

Menurut kementerian itu, selain Petron, syarikat minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell Malaysia masih lagi merupakan pembekal bahan api itu sejak 1997.

“Pelantikan ini dibuat secara pentadbiran kerana ia adalah berkaitan dengan urusan operasi dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada Kerajaan.

“Melalui kelulusan ini, kerajaan memperoleh lebih banyak pilihan di antara Petronas, Shell dan Petron dan dapat membuka peluang serta persaingan yang sihat di kalangan pembekal minyak petrol dan diesel,”katanya.

Bagaimanapun, isu yang timbul ialah Petron telah mengesahkan Mirzan ialah ahli lembaga syarikat induknya Petron Corporation Filipina. Beliau dipilih sebagai pengarah Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dan memegang 1,000 saham.

Di bawah undang-undang kecil syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk layak sebagai pengarah.

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*