Nahas Lion Air: Serpihan pesawat ditemui di perairan Kerawang

JAKARTA – Serpihan pesawat yang dipercayai milik penerbangan Lion Air JT-610 ditemukan di perairan Karawang, Jawa Barat.

Serpihan itu ditemukan oleh kapal milik syarikat petroleum Indonesia, Pertamina Hulu Energi.

Portal Detik.com melaporkan, antara barang-barang ditemukan antaranya jeket kesemalatan dan beberapa barang pribadi penumpang, seperti telefon bimbit.

Pesawat JT-610 dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan 13 minit kemudian.

Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pankal Pinang, Belitung pada pukul 7.20 pagi. – UTUSAN ONLINE

 

Pesawat Lion Air terhemp*s 13 minit sejurus berlepas dari Jakarta

SEBUAH pesawat penumpang terhemp*s sejurus berlepas dari lapangan terbang Jakarta, Indonesia, pagi Isnin.

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.

“Kami boleh mengesahkan pesawat kami terputus hubungan, namun lokasi kehilangan itu masih belum dapat dipastikan,” ujar jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro.

Map of crash

Jurucakap bagi pencarian itu, Yusuf Latif pula berkata, agensi penyelamat mengesahkan bahawa pesawat itu telah terhemp*s.

Sementara itu, pesawat berkenaan berupaya membawa 210 penumpang, namun jumlah sebenar m*ngsa masih belum diketahui lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, portal berita antarabangsa Sky News melaporkan pesawat malang itu terhemp*s ke dalam laut.

Search and rescue divers

 

Rescuer workers recovered debris from the crash site

Relatives of passengers of Lion Air flight JT610 that crashed into the sea, arrive at crisis centre at Soekarno Hatta International airport near Jakarta, Indonesia, October 29, 2018.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber

Kredit Photo: Sutopo Purwo Nugroho

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*