Nahas Lion Air: Seakan Tahu ‘Sesuatu’ Akan Berlaku, Juruterbang Beri Petunjuk Ingin Pulang Ke Pangkalan Sebelum Hilang

Masih terkejut dengan berita nahas pesawat Lion Air JT-610 awal pagi tadi, muncul perkembangan terbaru mengenai isu tersebut.

Menurut Astro AWANIbeberapa minit selepas pesawat JT-610 berlepas ke Jakarta, juruterbang pesawat dilaporkan beri indikasi atau ‘petunjuk’ untuk pulang semula ke pangkalan. 

 

Beri petunjuk ingin pulang sebelum hilang daripada radar

Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dari Kementerian Pengangkutan Indonesia, Sindu Rahayu, juruterbang pesawat Lion Air itu memang ada beri indikasi untuk pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebelum dipercayai hilang dari radar.

Pesawat tu dikatakan meninggalkan lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara pada 6.33 pagi.

Ia juga dijadualkan tiba di Pangkal Pinang pada 7.20 pagi (waktu Indonesia).

Sumber: Facebook

 

Juruterbang berasal dari India

Menurut Detiknews, juruterbang bagi pesawat JT-610 itu, Captain Bhavye Sunejaberasal dari New Delhi, India. Dia juga sudah bertugas selama 7 ke 8 tahun di Lion Air semenjak Mac 2011 lalu.

Sumber: Detiknews

Sehingga setakat ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Pesawat itu dipercayai terhemp*s di utara laut Kerawang.

Semoga semuanya selamat! 

Nahas Lion Air: Serpihan pesawat ditemui di perairan Kerawang

JAKARTA – Serpihan pesawat yang dipercayai milik penerbangan Lion Air JT-610 ditemukan di perairan Karawang, Jawa Barat.

Serpihan itu ditemukan oleh kapal milik syarikat petroleum Indonesia, Pertamina Hulu Energi.

Portal Detik.com melaporkan, antara barang-barang ditemukan antaranya jeket kesemalatan dan beberapa barang pribadi penumpang, seperti telefon bimbit.

Pesawat JT-610 dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan 13 minit kemudian.

Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pankal Pinang, Belitung pada pukul 7.20 pagi.

Pesawat Lion Air terhemp*s 13 minit sejurus berlepas dari Jakarta

SEBUAH pesawat penumpang terhemp*s sejurus berlepas dari lapangan terbang Jakarta, Indonesia, pagi Isnin.

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.

“Kami boleh mengesahkan pesawat kami terputus hubungan, namun lokasi kehilangan itu masih belum dapat dipastikan,” ujar jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro.

Map of crash

Jurucakap bagi pencarian itu, Yusuf Latif pula berkata, agensi penyelamat mengesahkan bahawa pesawat itu telah terhemp*s.

Sementara itu, pesawat berkenaan berupaya membawa 210 penumpang, namun jumlah sebenar m*ngsa masih belum diketahui lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, portal berita antarabangsa Sky News melaporkan pesawat malang itu terhemp*s ke dalam laut.

Search and rescue divers

 

Rescuer workers recovered debris from the crash site

Relatives of passengers of Lion Air flight JT610 that crashed into the sea, arrive at crisis centre at Soekarno Hatta International airport near Jakarta, Indonesia, October 29, 2018.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *