Nadia seorang yg chubby, bkn taste aku. Tp malam tu aku tak boleh lupa apa yg Nadia buat pd aku

Foto sekadar hiasan.

Nama aku Kimi, umur aku dah nak masuk 30an tahun depan. Aku nak cerita pengalaman aku bila aku salah pilih antara kaca dan permata, sikap aku yang tak hargai orang yang selama ini sayang, bantu dan sokong aku setulus hati dia. Aku berkenalan dengan Nadia (bukan nama sebenar) 2 tahun lepas masa kami di luar negara, secara kebetulan trip kami pada date yang sama. Nadia ni orangnya simple, masa mula aku kenal, Nadia tak la secantik mana. Biasa2 sahaja dan boleh kata dia jenis ‘berisi’ dan tak berapa menarik.

Maaf aku bukan nak hina fizikal tapi aku jujur, itu 1st impression aku pasal dia. Tapi satu yang aku perasan, senyuman dia manis, dia comel jugaklah. Nadia ni nampak muda dari usia dia even dia ‘berisi’ dan dia tua 2 tahun dari aku.

Mula-mula kenal, kami tak banyak berbual pun, macam agak kaku. Tapi entahlah, aku perasan banyak moment yang selalu dekatkan kami. Dari tak bertegur, kami jadi boleh bergurau senda. Dalam ramai-ramai masa trip tu, ada akak ni yang tiba-tiba bagitau aku dan Nadia ni macam ada keserasian, mungkin jodoh katanya. Aku cuma mampu ketawa je sebab masa tu aku rasa Nadia memang tak ada ciri-ciri yang aku nak. Fizikal dan rupa dia jauh dari bayangan jodoh yang aku nak selama ini.

Dipendekkan cerita, balik ke Malaysia kami ada berhubung, tapi tak terlalu kerap. Kadang-kadang aku dapat rasakan yang Nadia cuba tarik perhatian aku, pada aku mungkin Nadia ada hati dengan aku. Lama-lama aku macam jauhkan diri sekejap. Tapi later, mesti ada benda yang jadikan kami rapat & berhubung semula.

Aku suka bisnes, dan Nadia ada bisnes sendiri. Entah macam mana, kami boleh plan nak buat satu bisnes sama-sama, semua cadangan aku tapi end up rupanya kami tertipu. Titik tolak dari perancangan bisnes tu, Nadia berjaya bongkarkan yang selama ni aku ditipu oleh kawan baik aku sendiri, orang yang selama ni aku percaya.

Masa ni memang aku terduduk, sebab aku hilang everything dalam hidup aku. Duit, harta, kerja, family, almost semua kenikmatan Allah tarik dari aku. Memang aku betul-betul diuji tak lama lepas aku kenal Nadia. Tapi Allah hadirkan Nadia untuk bantu aku, waktu aku susah aku memang sangat-sangat hargai dia.

Dia ibarat 1000 rahmat yang Allah bagi untuk aku. Kalau dia tak ada bantu aku waktu tu, memang aku tak tahu macam mana aku nak bangun balik. I’m at my lowest point at that time, and she is the only one yang standing still for me. She’ll always be there when i need her, tak kira masa.

Waktu sekarang, kalau aku ingat balik, terlampau banyak pengorbanan yang Nadia buat untuk aku. Siapa je yang sanggup nak bantu aku masa tu? No one except her. Dia bukan saja bantu aku spritually, emotionally. Tapi dia bantu aku financially. Dia nak aku bangkit balik, so dia set up satu bisnes untuk aku run dan untuk aku bangkit dari kekecewaan aku bila aku hilang semua usaha aku bertahun-tahun.

Waktu tu, exactly bulan ogos 2017, kami mula start bisnes baru. Kami mula dari zero, mmg betul-betul susah waktu tu, aku nak makan pun takda duit. Tapi Nadia setia je dengan aku, jadi kawan yang dengar semua luahan aku, jadi kawan yang sentiasa care pasal aku, selalu selamatkan aku waktu sesak dan macam-macam lagi. Bila aku ingat balik sekarang, aku sendiri tak percaya apa yang aku dah balas dengan semua pengorbanan dia.

Sebagai manusia biasa, aku akui silap aku. Aku leka bila keadaan aku makin stabil. Aku mula tak ambil peduli pasal Nadia, aku layan dia sambil lewa. Im taking her for granted, aku mula tunjukkan belang aku. Bila aku dah stabil, aku mula cari kawan-kawan baru. Bila ada bisnes yang dah nampak maju, mulalah macam-macam perempuan datang kat aku.

Yela, semua ingatkan aku ni bos besar dalam bisnes tu, sedangkan semua tak tahu Nadia la tulang belakang dalam bisnes aku tapi dia memang tak tonjolkan diri dia. Nampak macam aku la ketua semuanya dan kadang-kadang memang aku sengaja tak kenalkan Nadia as my partner sebab aku tak nak orang pandang Nadia lebih dari aku.

Entahlah, Nadia ni pada aku perempuan biasa-biasa je tapi dia ada aura yang buatkan orang jadi sayang dan hormat dengan dia. Tapi aku buuta, aku selalu cuba supaya orang tak pandang Nadia lebih tinggi dari aku. Tapi Nadia tak tau sebab depan dia aku buat macam biasa.

Betullah orang kata, lelaki akan diuji bila dia ada semuanya. Memang kali ni bila aku dah back on track, aku dah berjaya bangun dari kegagalan aku, aku diuji dengan cara lain pula. Aku lupa kedudukan aku, aku lupa pengorbanan Nadia. Masa ni macam-macam jenis perempuan yang datang, korang cakap la yang jenis macam mana semua ada. Dan aku, jadi lelaki mata belang. Dengan semua perempuan aku melayan, tapi Nadia selalu nasihatkan aku jaga batas jangan sampai aku tertipu.

Tapi masa tu aku rasa Nadia dah mula nak kongkong aku, dan aku cuba sedarkan dia yang antara aku dan dia tak lebih dari kawan. Nadia terima je apa aku cakap bila aku secara halus reject dia. Dia diamkan dan aku tengok dia tetap layan aku macam biasa cuma kadang aku rasa Nadia dah mula perlahan-lahan jauhkan diri.

Tapi aku jadi tamak kot, bila aku rasa Nadia macam jauh sikit dari aku, aku cuba amik hati dia, beli jiwa dia. Just untuk pastikan dia kekal ngan aku, untuk aku gunakan dia bila waktu aku perluukan pertolongan.

Masa ni, tak salah aku dalam pertengahan tahun lepas, aku dah mula demand dengan perempuan mana yang aku berkawan. Aku memilih yang cantik, yang kuurus, yang muda dan yang paling penting perempuan tu mesti bakal ada jawatan tinggi dan kerja tetap.

Waktu ni aku dah tak kisahkan Nadia, aku berhubung dengan dia hanya untuk kerja atau kalau aku nak mengadu pasal perempuan-perempuan yang aku kenal. Masa ni juga aku perasan, layanan Nadia pada aku dah lain. Dia jadi agak kasar pada pandangan aku, tak la selembut dari yang sebelum ni.

Masa ni aku pikirkan mungkin Nadia dah totally anggap aku cuma kawan biasa sebab tu dia agak kasar dengan aku. Dan masa ni juga aku dapat tahu Nadia ada berkawan dengan lelaki lain. Aku tahu Nadia cuma berkawan sebab bisnes, tapi aku jadi skit mata, skit telinga dan skit hati kalau Nadia cerita atau sebut pasal lelaki lain. Aku memang tak boleh terima lagi-lagi bila aku nampak dia mula rapat dengan sorang lelaki ni.

Apa yang aku buat? Aku cuba jauhkan Nadia dengan lelaki tu, macam-macam aku burukkan sebab aku tak nak tengok Nadia rapat dengan siapa-siapa selain aku. Dalam diam aku dah mula control dengan siapa Nadia boleh berkawan, aku control kehidupan dia walaupun mulut aku selalu cakap dia bukan siapa-siapa pada aku, tapi aku tak pernah tanya dan tak pernah kisah pun pasal perasaan Nadia, aku pastikan dia ikut kehendak aku which mostly memang selalu dia ikut walaupun aku nampak ada riak terpaksa dekat muka dia.

Dalam pada aku control dengan siapa dia berkawan, aku sempat pulak bercinta dengan sorang bakal engineer ni. Aku macam diawang-awangan bila dengan si dia sampai aku hilang fokus dengan kerja aku. Pada masa tu jugak aku dah mula kerja baru tanpa persetujuan Nadia, aku saja cari kerja lain sebab kononya nak kumpul duit untuk kawin.

Pada mulanya aku tak nak bagitau Nadia tapi entah kenapa hati aku jahat sangat. Aku saja nak tengok apa reaksi Nadia sebab masa tu aku rasa skit hati bila dia selalu sebut nama seorang lelaki ni. Lelaki ni sebenarnya banyak tolong Nadia pasal bisnes, dan lelaki ni jauh lagi muda dari aku. So demi nak skitkan hati Nadia, aku bagitau Nadia aku dah jumpa someone yang sesuai dengan aku, someone yang aku nak jadikan isteri dan yang akan selalu ada waktu aku senang.

Reaksi Nadia? Dia cuma ketawa dan suruh aku cepat langsungkan majlis. Reaksi dia yang bersahaja tu buatkan aku lagi skit hati, aku bagitahu dia mak aku mesti sukakan pilihan aku dari dia sebab orang bisnes macam dia tak ada pendapatan tetap dan tak ada future. Tak macam calon aku yang bakal engineer tu. Nadia cuma pandang aku sambil tersenyum, tapi aku perasan mata dia bergenang dan aku jadi puas hati sangat masa tu.

Bermula selepas itu, Nadia mula jauhkan diri. Nadia kerap cakap dia busy bila aku ajak jumpa. Call aku pun dia tak pernah jawab dah. Whatsapp pun lambat2 dia reply, Dm & komen aku dekat social media pun dia dah tak reply even sep4tah. Dan aku mula perasan, Nadia hidekan semua gambar yang nampak wajah dia dalam s0cial mdia, tapi semua kerja dia masih berjalan macam biasa.

Dalam 3 bulan aku tak jumpa dia langsung, macam-macam alasan dia bagi. Meeting pun dia takda, PA dia je datang as wakil. Malah ada masa tu 4 hari aku tak dapat contact Nadia, rupanya dia pergi bercuti senyap-senyap tanpa bagitau aku sep4tah pun. Aku tahu pun sebab kawan dia tag nama Nadia dekat FB tapi tak ada satu pun gambar Nadia yang jelas.

Yes, aku stalk semua kawan dia, family dia. Aku add/follow dorang dekat scial mdia just nak tau apa aktiviti Nadia tapi satu pun aku tak dapat. 3 bulan tu aku lost track pasal Nadia, unless cuma pasal kerja. Aku cuba ajak Nadia borak macam dulu tapi Nadia selalu ubah topik pasal kerja. Aku nak sangat tanya dia tapi entahlah, mulut aku berat sangat.

Selepas 3 bulan, Nadia ajak aku jumpa, ada benda nak bincang dia kata. Masa tu aku happy sangat, aku rindu sangat nak tengok muka dia. Aku bersiap macam nak jumpa bakal isteri aku pulak, rupanya ada kabar lain yang Nadia nak inform aku. Hari yang aku takkan lupa, hari aku jumpa Nadia semula selepas 3 bulan.

Nadia nampak sangat lain. Dia dah krus, she lost a lot of weight. Dia makin manis, masa ni aku rasa Nadia cantik sangat tapi, senyuman dia dah tak sama macam dulu, mata dia macam hilang spark. Aku nampak senyum dia macam terpaksa.

Nadia tak tunggu lama untuk inform aku berita yang aku tak pernah jangka. Nadia bagi aku notis berhenti kerja, dia lepaskan semua jawatan dia dalam company kami. Semuanya. Aku speechless, aku tak tau nak pujuk Nadia macam mana. Nadia bagi aku 2 bulan notis, which selepas 2 bulan dia tak kan ada kene mengena lagi dengan bisnes aku.

Aku jadi macam hilang arah sebab aku tak berjaya nak ubah keputusan Nadia. Nadia bagitau aku dia nak sambung study dan nak pursue impian dia yang dia tahan dalam masa setahun ni. Yes aku faham maksud dia, dia krbankan impian dia untuk aku, untuk bantu aku. Aku lost sangat waktu ni, tapi Nadia dah nekad.

Hari terakhir aku jumpa Nadia dekat office, aku buat satu kesilapan yang tak mungkin aku dapat ubah. Sebabkan skit hati, aku hina Nadia. Aku tak tau apa yang rasuk aku, tapi aku bagitahu dia, jangan ingat dengan keputusan dia untuk tinggalkan company kami aku akan sedih, aku bagitahu aku happy sangat sebab at last aku berjaya singkirkan dia secara halus.

Aku bagitahu dia, macam mana dia ubah penampilan diri dia pun, pada mata aku dia tetap buruk dan dia takkan pernah layak untuk aku. Aku hambukan semua kemarahan aku dekat Nadia, aku sendiri dah tak ingat apa yang aku cakap masa tu. Nadia hanya pandang aku tanpa setitik pun air mata, dan paling aku tak sangka Mama Nadia dengar semua yang aku cakap.

Depan mata aku Mama Nadia menangis pluk anak dia. Aku lupa Mama Nadia jugalah yang selama ni banyak tolong aku, tapi aku tak endahkan pun. Aku siap cakap dengan Mama Nadia, jangan pernah contact Mak aku lagi dan jangan ingat aku terliur nak jadi menantu dia . Sebelum Nadia keluar dari pejabat aku haritu, dia cuma ucapkan thank you dekat aku. Selepas tu aku tak pernah lagi jumpa Nadia.

Semua salah aku, aku tahu. Korang kecamlah aku. Aku tahu aku ego, aku denied perasaan aku sendiri just sebab penampilan luaran Nadia yang tak seperti aku bayangkan. Selepas peristiwa tu, baru aku sedar betapa dalam perasaan aku pada Nadia.

Aku sebenarnya tak boleh hilang Nadia, aku sayang dia sangat. Tapi aku dah terlambat, aku dah tak boleh undur masa. Aku taken her for granted, aku sia siakan pengorbanan dia. Aku tak endahkan perasaan dia, even sebenarnya aku pun tahu Nadia sayang aku sangat.

Aku boleh baca semuanya dari mata dia, dari senyuman dia, dari layanan dia pada aku. Aku tak boleh lupa macam mana dia hormat aku as lelaki yang dia anggap ketua, even sebenarnya dia la ketua aku, macam mana dia jaga air muka aku depan semua orang. Tak pernah dia burukkan aku pada siapa, semua kekurangan aku as individu and dalam bisnes dia simpan dan dia lah yang selalu nasihatkan aku. Dia juga satu-satunya perempuan yang faham aku selain dari Mak aku sendiri.

Tapi aku lah lelaki yang kecewakan dia, yang hina dia just sebab dia tak ikut kehendak aku lagi. Selepas peristiwa tu jugak, Nadia tukar no phone dia, dia deactivate semua social media dia except for business. Aku cuba contact Nadia, tapi tak ada balasan yang aku terima. Few months aku cuba cari Nadia, tapi tak berhasil. Aku nak sangat mintak maaf dengan dia. Aku cuma dapat contact kawan baik dia. From her aku dapat tahu why dalam masa 3 bulan Nadia tak jumpa aku, dia boleh berubah jadi kuurus.

Kawan baik dia cerita semua pada aku, betapa Nadia heartbroken dan makan hati dengan sikap aku, dan dalam masa 3 bulan tu dia sibukkan diri dia dengan kerja untuk lupakan aku. 4 hari yang dia hilang, bukan dia bercuti pun tapi dia pegi bawak diri.

Dia pergi tempat pertama kali kitorang jumpa dulu, Nadia bagitahu kawan baik dia, dia nak tinggalkan semua moment kami dekat sana supaya dia boleh move on dan lupakan aku dan balik malaysia as orang baru. Nadia decide untuk tarik diri dari company kami untuk jaga hati bakal isteri aku dan untuk jaga hati dia juga. Aku sedar aku dah hilang permata yang selama ni ada waktu aku susah, permata yang aku sia siakan.

Hubungan aku dengan bakal engineer tu? Tak kemana pun. Mak aku tak restu dan family dia pun tak restu sebab family dia tahu bisnes aku drop lepas Nadia berhenti. Nak harap jawatan aku yang tak seberapa, memang aku tak mampu nak tanggung anak dorang pun. Mak aku sedih dengan sikap aku, baru aku tahu Mak aku sayang sangat dengan Nadia, memang Mak aku nak jadikan dia menantu dan sebelum Nadia hilang, banyak kali Mak aku suruh kawin dengan Nadia, tapi aku yang perlekehkan niat Mak aku just sebab aku rasa Nadia tak capai ciri-ciri luaran yang aku nak.

Mak aku cerita semua kebaikan Nadia yang aku tak pernah tau pun, yang dia tak pernah tunjuk depan aku. Aku menyesal sangat, sebabkan aku jugak Nadia sekeluarga jauhkan diri dari keluarga aku, tapi Nadia yang minta maaf dengan Mak aku dan bagitahu semua yang jadi bukan salah aku, dan semua yang jadi ini yang terbaik buat semua.

Hampir setengah tahun tak bertemu, aku berjaya jejak Nadia. Aku nak sangat jumpa dan minta seribu keampunan dari dia. Bulan lepas, sehari sebelum puasa, aku beranikan diri datang ke pejabat baru Nadia. Alhamdulillah, Nadia tak halau pun aku macam yang aku takutkan.

Tapi Nadia terima kedatangan aku dengan baik. Dia tetap tersenyum bila nampak aku, tak ada riak marah atau terkejut pun. Di mata aku Nadia makin manis, makin cantik dan jelita. Wajah dia ceria tak sama macm kali terakhir aku jumpa dia sebelum ni, Nadia nampak bahagia sangat.

Yes, Nadia maafkan aku tapi aku tahu antara kami takkan rapat macam dulu. Aku juga dapat tahu Nadia bakal bertunang, dengan lelaki yang selama ni aku cemburu, lelaki yang jauh muda dari aku. Dorang jumpa di Mekah masa masing2 buat Umrah.

Alhamdulillah aku dapat rasakan lelaki ni memang betul-betul hargai Nadia, jauh beza dengan aku sebab lelaki yang sama jugaklah yang bantu Nadia selama ni dalam bisnes. Nadia ada jemput aku datang ke Majlis dia masa raya ke 3 haritu, tapi aku malu nak tunjukkan muka depan mama Nadia. Terlalu besar dosa aku pada Nadia sekeluarga.

Semalam aku terjumpa IG baru Nadia, ada gambar majlis tunang dia. Nadia sangat cantik, dorang nampak sepadan dan sesuai sangat. Tapi caption pada gambar tu buat aku sedih dan sedar semua silap aku pada Nadia. Betullah kata Nadia, perancangan Allah tu kita tak pernah tau tapi itulah yang terbaik, Nadia juga tulis hargailah mereka yang ada dengan kita waktu susah senang dan sayangilah orang yang ikhlas sayangkan kita dan boleh terima kita seadanya.

Nadia, aku doakan kau bahagia Nadia, moga Allah limpahkan sepenuh kebahagiaan buat kau dan pasaangan. Tak lama lagi majlis nikah kau dah, sekejap je Allah ganti segala kesedihan kau yang disebabkan aku. Kau layak dapat semua kebahagiaan yang kau ada sekarang sebab selama ni kau dah terlalu lama krbankan kebahagiaan kau untuk orang sekeliling kau. Syam bertuah sangat dapat miliki kau as wife.

Aku akan sentiasa doakan kau Nadia, aku tak tau bila aku boleh lupakan salah silap aku pada kau. Maafkan aku sebab tak pernah hargai kau, terima kasih sebab selalu ada dengan aku waktu aku susah, waktu aku tak ada apa-apa pun, hanya kau yang tahan dan setia dengan aku masa aku hilang segala-galanya. Tapi aku sia siakan kau, maafkan aku Nadia.

– HR (Bukan nama sebenar) via iiumc via detikberita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *