“Mulianya hati Tuanku Permaisuri…” – Tunku Azizah Akhirnya Bersuara Tentang Isu Deactivate Twitter, Bukan Sebab Netizen

Isu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Mainumah Iskandariah menutup akaun Twitter menjadi bualan hangat netizen sepanjang minggu ini.

Ramai yang merindui kehadiran baginda di Twitter dan berharap agar Tuanku kembali aktif di platform media sosial tersebut.

Sumber: Twitter

Terbaru, puteri baginda, Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah menunjukkan screenshot komen Tunku Azizah di Instagram (dipercayai dari Instagram peribadi baginda) yang akhirnya bersuara tentang isu tersebut.

Menurut Tuanku, komen dari netizen itu semua bukanlah penyebab akaun Twitter baginda ditutup. 

Tolonglah. Saya tutup akaun (Twitter) bukan sebab saya kecewa, tersinggung atau marah dengan komen mereka. Saya tak baca langsung mahu pun sedar tentang isu ini. Tak ada kena mengena dengan posting itu semua. Saya ada sebab tersendiri. Tolong jangan buat apa apa laporan polis.”

Sumber: Twitter

Semalam, rindu netizen terhadap baginda terubat selepas seorang arkitek, Teme Abdullah berkongsi gambar terbaru Tuanku bersama Yang di-Pertuan Agong.

Ramai berterima kasih dengan Teme kerana sudi berkongsi dan turut menyampaikan salam Tuanku buat semua netizen di Twitter yang bertanya tentangnya.

Sumber: Twitter

We miss you Tuanku!

Rata-rata netizen mengagumi Tuanku Permasuri dan mahu Tuanku kembali semula ke laman twitter..

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*