Mulanya Hanya Demam Biasa, Kini Hanya Terlantar. Dalam Tempoh 14 Tahun Kesnya Yg Ke-67 Dan Sangat2 Rare

Ibu mana yang tak sedih bila anak yang sebelumnya aktif tiba-tiba terlantar dalam sekelip mata. Aillen Medina Feqh membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain tetapi kesihatannya mula merosot sejak 2 bulan yang lepas.

Doktor mengesahkan Medina yang kini berusia 1 tahun 9 bulan terkena jangkitan kuman pada otak. Akibat daripada itu ia menjejaskan penglihatan dan pergerakannya.

Malah menurut ibu Medina, Nurul Atiqah Almuhsen penyakit yang dialami oleh Medina ni sangat rare. Apa yang diberitahu oleh doktor Hospital Kuala Lumpur, dalam tempoh 14 tahun, kes Medina adalah yang ke-67.

Berikut perkongsian dari Founder HSG Charity Project, Puan Azlia Ajid yang melawat adik Medina di rumahnya untuk membantu memberikan sumbangan.

Pagi ini saya bertemu Adik Medina buat kali pertama. Saya masuk je rumah mereka, saya terus menangis. Selaju-lajunya air mata saya mengalir. Saya ambil tisu di atas meja. “Allah. Adik. Adik. Ya Allah, kasihannya dia. Allah”

Badan adik Medina sama size dengan Hasya anak kedua saya. Saya nampak Medina macam saya nampak Hasya. Saya tak mampu nak cakap banyak. Saya menangis agak lama sebelum saya mampu mengawal kesedihan saya.

Kata ibu Medina, Nurul Atiqah, Medina dari lahir normal sahaja seperti kanak-kanak lain. Berjalan, makan, aktif, menghiburkan macam anak-anak lain.

Bulan Februari tahun ini, pada mulanya adik Medina hanya demam sahaja. Kemudian beberapa hari lepas itu, adik Medina dimasukkan ke wad setelah disahkan jangkitan kuman di otak pada pertengahan Februari 2019.

Pada awalnya setelah beberapa sesi rawatan di Hospital Serdang, adik Medina boleh berjalan walaupun tak normal. Namun 16 Mac lalu merupakan tarikh yang menguji hati si ibu bila adik Medina tidak lagi seperti sedia kala.

Sehingga hari ini, Medina tidak boleh makan, tidak boleh duduk, tak dapat melihat, hanya baring dan bergetar-getar setiap masa badannya. Hanya susu yang boleh diminum. Itu pun melalui tiub dihidung.

 

Link VIDEO

 

Allah. Bayangkan. Bergetar badan ketika berjaga. Letih mata kita yang melihatnya, apatah lagi adik Medina yang melaluinya.

Terlihat kesedihan di wajah Atiqah ibu adik Medina. “Saya dah 52 hari tak boleh berniaga kak. Saya jual nasi bajet dalam KUIS tu. Ada nasi RM3 nasi bajet, ada nasi berlauk RM5. 50sen saya bagi komisen pada orang yang jual kak.”

“Sejak Medina masuk wad, saya tak boleh berniaga. Baru je keluar wad dua hari lepas. Saya minta bantuan hari tu dalam group peniaga sebab nak dapatkan duit minyak, duit bekalan pampers, susu, dan duit ikhtiar berubat tradisional juga. Duit hospital hari tu RM901 saya dah bayar. Mujur ada simpanan sikit.” jawab Atiqah sambil tersenyum.

“Saya akan berniaga balik, tapi makan masa sikit sebab fokus keperluan Medina kak. Saya nak dia sembuh kak” ujar Atiqah lagi dengan mata yang bergenang.

Allah. Berat benar dugaan ibu berumur 30 tahun ni. Hati saya bagai dicarik-carik. Senyuman masih terukir dibibir si ibu. Pertemuan kami hampir sejam tu, sejamlah Adik Medina terketar-ketar begitu. Kelihatan umpama sawan 24 jam. Allah.

Saya pegang kepala adik Medina. Saya sebak sangat. Bergetar-getar badan Adik Medina. “Semoga Allah sembuhkan kamu anak. Untie doakan Medina ya” saya berkata dalam hati.

Saya dah cakap pada adik Medina dan ibunya yang akan ada untie uncle yang baik hati akan membantu ibu Medina dan Medina berusaha sampai sembuh. Kita akan doa dan beri sumbangan bersama.

Tolong. Tolong bantu saya #share kisah mereka. Semoga ada ramai penderma baik hati yang akan terbaca post ini membantu Atiqah dalam usaha ikhtiar menyembuhkan Adik Medina.

Sebarang sumbangan boleh berhubung dengan saya, 012 274 2434 atau terus ke akaun ibunya 155087246128 (Maybank) Nurul Atiqah alMuhsen. Marilah kita membantu Adik Medina dan ibunya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber & Video : Azlia Ajid / pa&ma / sweetnutella

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *