Misteri Wanita Cuba Terjun Jambatan di Muar Akhirnya Terungkai

WANITA tempatan yang tular di media sosial dengan dakwaan cuba terjun dari Jambatan Sultan Ismail, Muar, pada 10.10 pagi hari ini sebenarnya menghidap penyakit lupa ingatan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima maklumat daripada orang ramai berkaitan kejadian cubaan terjun dari Jambatan Sultan Ismail seperti tular di laman sosial.

“Hasil siasatan mendapati, wanita tempatan berusia 48 tahun itu menghidap masalah kesihatan ‘Micro Seizures’ (lupa ingatan) sejak tujuh tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

“Perkara itu disahkan suami wanita berkenaan yang tampil bersama dokumen pemeriksaan dan rawatan di hospital yang pernah dan sedang dijalani isterinya.

“Berikutan itu, diharapkan penjelasan ini dapat memberikan fakta sebenar kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pada masa sama polis memohon kerjasama semua pihak untuk menghentikan penyebaran maklumat berkaitan kejadian itu bagi mengelak sebarang spekulasi dan salah tafsir masyarakat.

Polis mengesahkan wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Sultan Ismail, Muar yang tular di laman sosial sepanjang hari ini mengalami masalah ‘micro seizures’ atau lupa ingatan.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, wanita berumur 48 tahun itu mengalami masalah berkenaan sejak 7 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Perkara terbabit turut disahkan oleh suami wanita berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, seorang wanita didapati nekad untuk terjun ke dalam Sungai Muar sebelum diselamatkan oleh dua lelaki yang berada berhampiran.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*