Misteri Ikan Paus Terdampar di Tengah Hutan Terbongkar. Saintis Dedah Bagaimana Boleh Berlaku

Bangkai seekor paus spesies humpback sepanjang 10.9 meter ditemui terdampar dalam hutan Amazon di Brazil, 15 meter dari laut, Jumaat lalu.

Pakar di Brazil keliru bagaimana haiwan laut itu boleh berada begitu jauh dari habitatnya, di pulau Marajo di muara Sungai Amazon.

Saintis percaya haiwan itu mati di laut sebelum bangkainya dibawa ke darat dan ‘tercampak’ ke situ akibat ombak besar dan air pasang.

AHLI biologi mengukur dan memeriksa bangkai berkenaan. – Daily Mail

 

Pasukan pakar dari Jabatan Kesihatan, Sanitasi dan Alam Sekitar (Semma) dikerahkan ke situ untuk memeriksa bangkai dipercayai anak paus berusia 12 bulan, selain mengumpulkan maklumat yang mungkin dapat memberikan penjelasan lebih lanjut.

Video diambil di tempat kejadian menunjukkan bangkai itu dipercayai 1.8 meter lebar terdampar di kawasan paya bakau dan dikelilingi pokok, namun tidak menampakkan sebarang kesan cedera.

Organisasi bukan kerajaan, Institut Bicho D’agua yang berpangkalan di pulau itu berkata di Facebook, ahli biologi mengesyaki anak paus itu terperangkap dalam pokok bakau selepas terdampar di situ akibat ombak besar.

Akhbar The Maritime Herald mencadangkan kemungkinan haiwan itu terbunuh akibat makan bahan plastik di laut sebelum bangkainya dihanyutkan arus ke situ.

Dirlene Silva dari Semma memberitahu media Brazil Journal O Liberal: “Kami hanya mengesan bangkai itu kerana melihat hering menghurung kawasan itu.

Pasukan 10 ahli biologi yang dikerahkan ke situ hanya berjaya sampai di kawasan berkenaan selepas cubaan kali kedua, lapor portal berita tempatan O Tempo Brasil.

Pakar marin Institut Bicho D’agua, Renata Emin berkata: “Satu lagi misteri adalah untuk seekor humpback berada di pesisiran pantai utara Brazil pada bulan Februari – ini sesuatu yang amat pelik.

“ Humpback jarang datang ke utara negara ini. Kami cuma mempunyai rekod seekor humpback dilihat di kawasan itu tiga tahun lalu, namun ia jarang sekali berlaku.

“ Kami percayai anak paus ini terpisah daripada ibunya berhijrah antara dua benua.”

 

Lihat video di bawah

Buaya pula sesat di pantai Brazil

Dalam pada itu, difahamkan paus bukanlah satu-satunya kejadian haiwan yang tersesat pernah berlaku di Brazil . Dikatakan sebelum ini seekor buaya yang panjang 1.5m ditemui muncul di pantai yang popular di Rio de Janeiro dan terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba.

Pasukan penyelamat telah melakukan gerakan mencari buaya tersebut untuk beberapa waktu dan telah menutup pantai Barra, walau bagaimanapun kejadian itu tidak menghalang orang ramai untuk berenang di pantai tersebut.

Buaya jenis Caiman, atau buaya perut kuning seperti yang biasa dijumpai di Brazil, telah dibawa ke zoo tempatan untuk rawatan selepas dipercayai patah kaki.

Spesies terancam ini biasanya ditemui di paya air tawar dan paya bakau, dan pihak penyelamat di Rio berkata itu merupakan kali pertama mereka menyelamatkan spesis tersebut dari laut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*