Misi Mencari Acap : “Kami amat sedih kerana terdengar suara acap menyahut panggilan kami…”

Ini update terbaru dari Perubatan Islam Nur Zikir. Dibawahnya kami sertakan update sebelumnya juga:

Sambungan daripada video ketika dalam perjalanan menuju ke Gua dimana dikatakan ibunya bermimpi bahawa acap berada di sekitar gua ini..dengan izin Allah kami dapat turun di sekitar gua ini dan kami melakukan solat hajat, bacaan yasin dan berzikir di hadapan pintu gua ini..setelah selesai bermunajat kepada Allah..kami terus mencari di sekitar sungai di lereng gua bagi mencari mangsa yang hilang..setelah 2 jam kami buad keputusan untuk teruskan perjalanan mencari di dalam gua hingga ke hujung gua yang penuh dengan air mengalir paras kaki. Pencarian kami bermula jam 12 mlm hingga jam 5 pagi. Tiada sebarang pertunjuk di jumpai.

Kami amat sedih kerana terdengar suara acap menyahut panggilan kami seperti dia tidak bermaya kami terus mencari sehingga hujung guadan tidak dapat masok ke dlm lagi kerana air semakin meningkat naik. Dalam perjalanan itu pelbagai suara2 aneh serta penampakkan dan gangguan2 terlihat jelas dengan mata kasar yang menganggu Team Nur zikir. Pengasas perubatan islam Nur Zikir( Muhamad Faridzuan) berkata akan meneruskan lagi pencarian di hari lain dan akan membawa lebih ramai ahli turut serta untuk solat hajat bacaan yasin sebelom memulakan pencarian di lokasi yang lain. Sama2 kita mendoakan semoga di permudahkan urusan serta (acap) dapat di temui dengan keadaan selamat insyaAllah Amiin.

Antara Komen Netizen:

“Kita merancang Allah yang menentukan… Allah dah atur jalan sebaik2nya tinggal kita je mencorakkannya… InsyaAllah Acap Selamat”

“Mcm dgr suara acap… sayu je bunyi… semiga dpermudahkan Ya Allah”

Update sebelumnya :

Ini antara gambar2 situasi keadaan tempat sungai serta gua yang kami pergi semalam misi mencari (acap). Sama2 doakan semoga acap di temukan.

Update sebelumnya…

KENAPA DITUTUP????????

Kawasan laluan track ini telah di tutup untuk org ramai.. KERANA dalam misi pencarian ada sesetengah pihak yg mengunakan unsur syirik dan khurafat sehingga ada yang berlaku kerasukkan di kawasan tersebut..ada yang berlaku menyeru nenek moyang keturunan dan sebagainya..ada yang pengsan apabila smpai di atas bukit itu..inilah yang dikhabarkan oleh penghulu kampung di situ kepada kami. Menyukarkan pencarian mangsa serta menakutkan org kampung maka sebab itulah laluan di tutup.

Update sebelumnya…

Sambungan.

Update sebelumnya…

Penerangan berkaitan dengan misi sukarelawan mencari acap mangsa yang hilang di bukit batu putih.

Update sebelumnya…

Pemantauan sekitar lokasi dimana mangsa terlibat dengan track larian di lereng bukit dan sekitar kampung.

Update sebelumnya…

Pukul 11.30 malam kami bertolak menuju ke tempat dimana dikatakan ibunya bermimpi anaknya berada di dalam gua ini..antara detik perjalanan kami menuju ke gua itu penuh cabaran yang dihadapi..perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari jalan besar menuju ke gua itu..selesai urusan semalam kira2 pada pukul 5 pagi..nantikan video yang akan kami upload seketika nanti.

Update sebelumnya…

Sebelum ini …

Firasat ibu acap mengatakan anaknya berada di sekitar gua ini..alhamdulillah dengan izin Allah sebelum masuk ke gua ini kita telah menunaikan solat hajat dan bacaan Surah Yasin..maaf kepada semua yang tunggu untuk menonton secara live fb tadi kerana tidak ada line semasa dalam perjalanan masuk ke gua tersebut..Inshaa Allah kita akan upload video semasa pencarian di dalam gua ini secepat mungkin..terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dalam misi pencarian ini.. tadi kami masok pukul 12 malam keluar pukul 5 pagi perjalanan sangat jauh dan pelbagai rintangan kami tempuhi..esok pagi kita akan sambung pencarian mencari acap di kawasan yang akan kita update nanti.

Semoga dipermudahkan urusan pencarian… Allahu!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Perubatan Islam Nur Zikir via Sweatnutella

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *