“Ment4l Kena Kuat, Hati Kena Kering, Muka Kena Tebal” – Jihan Kongsi Perjalanan 10 Tahun Bergelar Pelawak Wanita

Jika ditanya siapa ‘Queen Of Parody’ ketika ini, rasanya tiada siapa yang mampu menggugat kedudukan pelawak dan pengacara, Jihan Muse.

Namun untuk sampai ke peringkat itu, perjalanan seni Jihan tidaklah semudah yang kita sangka.

Menjadi seorang pelawak wanita, persaingan dengan pelawak lelaki pastinya menjadi laluan sukar buat Jihan.

Kesemua pengalaman ini telah pun dikongsi oleh Jihan sendiri menerusi entri terbarunya di Instagram.

Menurut Jihan, bergelar pelawak wanita bukanlah mudah, malah untuk dihormati sebagai pelawak juga sebenarnya agak sukar.

Jelasnya, kini dia mungkin telah diterima, namun untuk melalui proses penerimaan itu ternyata amat sukar.

“Ment4l kena kuat, hati kena sangat kering, muka kena tebal, minda kena sangat pantas.

“Untuk perjalanan saya selama 10 tahun memikul nama pelawak ni, saya rasa saya dah dapat lebih dari apa yang saya mahukan. Saya dapat buat lebih dari apa yang saya bayangkan,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Tambah Jihan, dia juga bersyukur dengan bantuan orang disekelilingnya.

Katanya, menghiburkan orang juga dianggap sebagai satu ibadah.

“Terima kasih semua yg bekerjasama, yangg menyokong dan mendoakan. Jazakallah. #10yearschallenge,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah.. semuanya atas izin Allah. Utk bergelar Pelawak ‘Wanita’ bukan mudah. Untuk dihormati sebagai pelawak juga bukan mudah. Sekarang mungkin diterima tapi utk melalui ‘proses’ diterima itu sangatlah sukar. Mental kena sangat2 kuat. Hati kene sangat2 kering. Muka kena sangat2 tebal. Minda kena sangat2 pantas. Diri kena sangat2 berani. Untuk perjalanan saya selama 10 tahun memikul nama Pelawak ni, saya rasa saya dah dapat lebih dari apa yg saya mahukan. Saya dapat buat lebih dari apa yg saya bayangkan. Semuanya atas bantuan org di sekeliling saya. Syukur Ya Allah atas rezeki dan nikmat yg Kau berikan ini. Berpijak di bumi nyata tidak terbang di awangan teruskan berkarya menghiburkan orang juga satu ibadah. Terima kasih semua yg bekerjasama, yg menyokong dan mendoakan. Jazakallah. #10yearschallenge

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

 

View this post on Instagram

 

ALHAMDULILLAH Tahniah @shuk_hotfm #bbb2019 #teamshuk

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Instagram Jihan Muse Via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*