“Menantimu Adalah Satu Keputusan Terindah…” – Kenali Nazejulaiti, Kekasih Baharu Johan As’ari Yang Cantik Jelita

Pelakon Johan As’ari berkongsi wajah kekasih hatinya menerusi satu video di Instagram miliknya.

Johan turut menulis kepsyen ‘bersemut’ buat wanita yang dikenali sebagai Nazejulaiti itu.

“Menantimu adalah keputusan terindah ketika jarak memisahkan kita kerana mencintaimu adalah inginku,” tulis Johan.

Bercakap kepada MHE TV ketika dihubungi, kata Johan hubungan mereka serius dan merancang untuk berkahwin dalam tempoh enam ke lapan bulan akan datang.

Johan merancang untuk mengahwini kekasihnya pada tahun hadapan

“Kami sudah kenal lapan bulan dan sudah tiba masanya ke arah yang lebih serius jika ada jodoh antara kami.

“Dia seorang yang boleh sabar dengan saya yang selalu sibuk dengan urusan kerja.

“Saya merancang untuk berkahwin dalam tempoh enam ke lapan bulan akan datang,” ujar Johan. – MHETV

“Kami Memiliki Al-Quran Yang Sama”

Lama sudah tidak kedengaran Johan As’ari dikaitkan dengan mana-mana wanita, rupanya hatinya sedang berbunga sekarang dengan seorang pengusaha ladang ternak lembu, Dr Nazejulaiti Mahmud.

Kongsi Nazejulaiti yang juga doktor falsafah dalam bidang ekonomi, di awal perkenalan Johan telah menghadiahkan senaskah al-Quran yang sama dengannya. Manakala sebelum tidur atau di pagi hari Johan akan membuat huraian selepas beliau membacanya.

“Perkenalan kami baru enam bulan. Sepanjang tempoh itu diakui saya selesa berkawan dengannya. Dari awal pertemuan, dia hadiahkan saya al-Quran. Dari situ saja saya sudah berasakan ada sesuatu yang istimewa mengenai dirinya”

“Kami memiliki al-Quran sama yang lengkap dengan maksud dan terjemahan. Jadi, sebelum tidur atau pada waktu pagi dia suruh saya buka muka surat dan cari ayat tertentu. Kemudian, dia minta saya baca maksud ayat berkenaan sebelum dia buat huraian,” katanya.

Selain itu, Johan juga memberitahu kedua belah keluarga merestui hubungan mereka berdua. Manis sungguh perkenalan pasangan ini, semoga ada pengakhiran baik buat mereka berdua ini. – Rotikaya 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: mediaohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*