Memang best sgt time tu,lebih dr ringan2 kami da try buat,takde spe pn tahu hingga kami berkahwin suami 360 darjah berubah

Foto sekadar hiasan..

Perkongsian aku ni mungkin lebih kepada memberi sedikit pengajaran melalui kisah diri sendiri dan juga memberi pedoman buat kita semua.Aku seorang isteri awal 30an (suri rumah) kepada 2 org anak berusia 5tahun dan 2tahun.

Suami pula pertengahan 30an dan dia sangat baik, taat pada Allah, penyayang, rajin membantu urus rumah tangga dan anak2 ,dan boleh di katakan hari2 bawa kami keluar berjalan bila balik dari kerja, walaupun sekadar naik motor pusing2 taman. Sebab dia kesian pada kami yang terperap seharian kat rumah tunggu dia balik kerja.

Perjalanan kisah hidup kita hampir sama cuma saya di besarkan dalam keluarga yang agak kucar kacir. Ibu bapa sering bertelagah dari muda sampai la sekarang yang mana usia mereka sudah menjangkau 70an. Makin lama makin menjadi jadi. Apatah lagi sekarang mereka tinggal sebumbung tapi tidak sekatil, tidak bertegur sesama sendiri melainkan bila perlu sahaja.

Tu pon dengan bahasa dan nada yang sangat tak ikhlas. Sudah bertahun juga mereka berkeadaan macam tu. Hububgan antara adik beradik kami apatah lagi, lebih kepada buat hal masing2. Mana tak nya, kalau dah pemimpin dan ketua keluarga sendiri tidak sehaluan.

Sangat menyedihkan bila aku tengok ada family kawan-kawan yang bahagia, mak ayahnya boleh duduk semeja bergurau senda, anak2 pula saling menyayangi dan dapat berkongsi masalah bersama. Tapi tu tak terjadi dalam family aku. Kami anak2 tiada seorang pon yang berani cuba memperbaiki keadaan tu. Terlalu panjang jika nak di luah bab keluarga aku ni..cuma doa yang mampu aku buat setakat ni.

Berbalik pada kisah aku, aku ni jenis yang agak pendiam . Bila Dalam keluarga pon macam tu juga. Makin besar makin aku buat hal sendiri. Kadang aku rasa aku jadi macam ni sebab latar belakang keluarga aku yang macam tu. Aku juga boleh di katakan satu-satunya anak yang dikata kan bijak antara adik beradik yang lain.

Dari keputusan exam sekolah agama , upsr,pmr,spm dan di kolej juga memang tiap sem dekan. Solat aku on off, aurat pula memang bertudung tapi tidak sempurna. Dari kolej juga aku berkenalan dengan suami aku. Dan kami berkenalan sehingga melebihi batas agama, dari ringan2 hingga ke d0sa besar. Takda sape pon tau apa yang kami buat. Betapa Allah menutup aib kami.

Sangat memalukan jika di ingat balik. Nasib baik nya aku ni,suami aku tetap nak berkahwin dgn aku dan bertangggungjawab atas segala hal yang kami telah lakukan bersama dulu. Bayangkan kalau dia tinggalkan aku macam tu je???? Apalah agaknya nasib aku sekarang..

Lepas kahwin, Allah kurniakan zuriat sgt cepat, dan suami juga mula mendekatkan diri dengan Allah. Dia baca banyak buku bab agama, dengar video2 kuliah agama, jemaah di masjid, ajak aku baca quran sama2 dan juga bawa aku ke kuliah2 agama. Dia baca quran tidak selancar aku, tapi kesungguhan dia sampai tahap dia cari seorang ustaz yang nak ajar dia mengaji dari mula.

Tapi aku tetap dgn diri aku yang dulu. Depan suami solat, belakang dia ikut mood aku. Kadang2 bila dia tanya dah solat? Aku jawab dah, padahal belum..macam tu juga solat subuh, sebelum dia pergi kerja dia kejut aku bangun solat. Dia akan keluar rumah dalam 6.50am dan dia pesan nanti terus solat. Tapi lepas aku salam dia terus aku sambung tido semula.

Sampaikan bila keluar berjalan, dia solat dulu dan aku jaga anak dalam kereta, bila time turn aku pula,aku just pergi masuk duduk dalam surau/masjid tanpa solat.Agak2 10min kemudian aku keluar berlagak macam dah solat. Kadang bila masuk masjid nampak orang solat terdetik rasa bersalah aku solatlah, kalau time datang perangai syaitan aku ni memang begitu la keadaannya just duduk main hp. bila hati dah hitam memang tak takut akan d0sa dan azab Allah.

Mana perginya iman aku masa tu…Bertapa berd0sa nya aku pada Allah dan suami aku. Dah la d0sa tak solat di tambah lagi d0sa menipu. Manusia aku boleh tipu tapi Allah nmpak segala yang aku buat…… Sampai sekarang dia tak tahu semua tu. Dia banyak kali suruh aku labuhkan tudung, pakai stokin, berbaju longgar tapi ada je jawapan aku bagi.

Bukan semua benda aku ingkar, ada masa aku ikut ada masa aku lalai. Mungkin itu yang di kata kan iman turun naik. Bersabarnya dia dengan aku.

Benda ni berlanjutan sampai ke awal tahun lepas. Kami berpindah ke rumah baru yang kami beli yang mana selang beberapan buah rumah dari rumah kami ni ada jiran yang isterinya berpurdah dan suaminya ahli tabligh. Ada satu hari tu tiba2 aku overthinking bab maati, dajjal, kiamat dan bencana alam terutama sekali tsunami dan gempa bumi sebab rumah ni agak dekat juga dengan laut.

Sampaikan aku menangis tiap kali tengok muka ank2 aku,, apa nasib mereka nanti???? Hanya ibu2 yang paham apa yang aku rasa kalau di sentuh bab anak ni. Nak buat keje rumah semua takda mood. Tidur jadi terganggu, mesti menangis sebelum tidur sebab macam2 yang aku bayangkan. Masa ni suami belum tahu masalah aku ni sebab aku tak menangis depan dia.

Dan beberapa hari kemudian hati aku tergerak nak solat taubat pada waktu zohor masa tu dan dalam solat tu aku menangis semahu-mahunya sebab takut akan azab Allah dan d0sa2 lalu aku. Sampai anak aku yang sulung perasan dan datang lapkan air mata aku. “mama jangan sedih..dah2 jangan nangis, jangan risau ea… ” tu la ayat dia kalau nampak mama dia menangis. Semoga mama dan papa di izinkan Allah untuk bertemu dan di satukan semula dengan ank2 mama di syurga kelak.

Mulai dari saat tu aku start cukupkan solat 5 waktu. Tapi hati aku still tak tenang, fikiran aku still membayangkan macam2. Aku nekad nak cerita masalah aku ni kat suami aku. Lepas isyak dia balik jemaah di masjid dia nampak aku baru siap solat dengan mata yang baru lepas nangis. Dia tanya “awak solat taubat ke? Macam baru lepas nangis je mata tu? ” aku terus ajak dia duduk dan aku luah segala apa yang bermain dan mengganggu fikiran aku tu sambil nangis teresak-esak depan dia, hanya dia orang yang boleh dengar segalam masalah aku.

Dia respon dengan sangat2 positif dan membantu. Antara jawapan dia masa tu “kita semua ni milik Allah, anak2 kita pon sama. Abg pun sayang kat anak2 abg, tapi kita kena sedar yang anak2 ni cuma pinjaman dan amanah dari Allah buat kita, Bila2 masa Dia boleh ambil.

Ajal maaut kita Allah dah tentukan cuma kita tak tau bila,kat mana dan dalam keadaan apa. Apa yang kita boleh buat sekarang ni perbaiki amal ibadah kita dan perbanyakkan amal ibadah supaya kita sentiasa bersedia menghadapiNya nanti,minta ampun juga kat Allah atas D0sa2 lalu kita”.

Sungguh aku lalai selama ni, aku ambil ringan bab d0sa, aku tak taat pada perintah dan suruhan Allah. Tapi Allah sangat baik pada aku, dia tutup aib aku, dia jodohkan aku dgn suami yang baik, anak2 yang sihat, rezeki yang cukup dan macam2 nikmat lain lagi.

Masa tu aku terus minta ampun kat suami aku atas segala d0sa dan salah silap aku pada dia selama ni, aku tak berterus terang tentang apa yang aku buat belakang dia, cuma aku cakap yang aku banyak buat d0sa belakang dia tapi aku takut nak terus terang dan aku harap dia maafkan. Alhamdulillah dia cakap tak perlu cerita , dia ampunkan dan jangan ulangi lagi. Masa tu aku rasa sedikit ringan beban d0sa yang aku tanggung selama ni.

Sejak dari tu aku mula rapatkan diri aku dengan Al-quran yang dah lama aku tak pegang. Apa yang aku cuba amalkan sekarang ialah baca surah Al-Mulk yang mana aku dan suami baca tiap2 malam, alhamdulillah hampir hafal. surah Al-Kahfi ayat 1-10 juga tiap hari lepas maghrib, surah Al- Waqiah dan As-Sajdah aku baca selepas subuh tapi kadang2 tertinggal juga sebab anak aku time2 tu dia bangun nak menyusu.

Dan lepas zohor atau asar aku akan baca sekurang-kurangya 2 m/s ayat al-quran. Aku juga mula menjaga solat di awal waktu dan cuba perbetul dan sempurnakan solat terutama sekali bacaan surah Al-Fatihah yang selama ni aku ambil mudah bila membacanya. Begitu juga dgn qadha semula solat2 yang aku tinggal dulu.

Cara yang mudah memang lepas solat fardhu terus bangun qadha waktu solat yang sama. Memang agak penat tapi aku anggap tu satu hutang yang besar antara aku dengan Allah. Sangat banyak bila di hitung semula dan aku berdoa moga aku dapat selesaikan sebelum Allah jemput aku kembali padaNya.

Alhamdulillah Allah permudahkan walaupun aku kena solat sambil menjaga dua org anak aku ni. Masa tu aku baru nampak banyak rupanya ibadah yang aku boleh buat bila jadi suri rumah ni. Kalau dulu sentiasa bagi jawapan takde masa. Baca quran takda masa, zikir takda masa, solat nak cepat siap dan seringkas yang boleh aku kerjakan.

Kemain laju aku solat. Aku juga mula menjaga waktu dhuha, lepas solat dhuha aku bangun lagi qadha solat subuh sebab aku rasa solat subuh yang paling banyak aku tinggal. Dulu suami aku kejut aku bangun subuh, tapi sekarang aku yang kejut dia bangun subuh, hehe, semua ni atas izin Allah.

Amalan yang aku guna nak mudah bangun subuh sebelum tidur baca surah Al-ikhlas 3x, Al-Falaq 1x, An-Nas 1x , Al-Fatihah 1x, ayat qursi 1x, selawat 3x, Subhanallah walhamdulillah wala ilaha ilallah wallahhu akbar 3x, baca doa tidur dan kunci jam sebelum waktu subuh.

Bila niat kita baik dan melakukan sesuatu semuanya kerana Allah insyaAllah Allah bantu. Solat sunat taubat juga aku cuba buat hari2 lepas qadha solat subuh. Perlu bagi aku untuk buat hari2 sebab banyak d0sa2 lalu aku yang aku mengharapakan pengampunan dariNya.

Dulu lepas solat aku doa simple dan terus bangun. Tapi sekarang aku duduk agak lama untuk berzikir dan berdoa. Sebab Aku rasa terlalu banyak masa yang dah aku bazirkan dgn sia2. Alhamdulillah ketenangan tu datang bila aku buat semua tu.

Dalam masa yang sama juga, aku nekad ajak suami aku belikan tudung labuh dan baju yang sempurna. Stokin dan handsock juga aku mula pakai. Alhamdulillah Allah sangat2 permudahkan urusan aku. Suami aku sangat gembira dengan perubahan isteri dia.

Kadang aku terpikir kenapa bukan dari dulu?? Padahal dah berbuih mulut suami aku minta aku berpakaian macam tu…dulu aku selalu bagi alasan panas nak pakai tu semua tapi bila kita ikhlas untuk tutup aurat dengan sempurna tak panas pon sebenarnya malah kita akan rasa lagi yakin diri dan tenang.

Mudahnya nak solat bila keluar berjalan, dah tak perlu guna telekung (guna juga bila perlu) . Masa tu baru aku sedar selagi mana pakaian yang kita kenakan belum boleh di jadikan pakaian solat kita (tak perlu bertelekung) selagi tu kita belum menutup aurat dengan sempurna.

Pasal jiran aku yang berpurdah ni, ada sehari tu dia datang untuk pertama kalinya ke rumah aku sejak aku pindah. Dia datang untuk jemput aku ke rumahnya, dia kata ada majlis taklim dengan jemaah tabligh. Aku dengan tak tahu apa2 rasa nak sangat pergi, petang tu aku nekad bawa 2 org ank aku ke rumah dia untuk bersama mendengar ilmu yang nak di sampaikan.

Dari situ juga aku belajar ilmu dari kitab fadilat amal. Aku ajak suami aku pergi beli kitab tu. Memang sangat banyak ilmu dari hadis2 rasullullah s.a.w berkaitan solat, zikir, puasa, sedekah beserta pahala dan ganjaran dari Nya yang sangat besar.

Sekaligus membuatkan kita makin bersemangat untuk beribadah. Sungguh Allah hantar bermacam-macam cara untuk aku kembali mentaatinya. Memang benarlah yang kita perlu berkawan dan berada di kalangan orang2 soleh dan ahli ibadah agar kita sentiasa mengingatinNya dan perbetulkan diri kita.

Begitu juga Anak aku yang sulung ni sudah mula hafal beberapa surah lazim bila dia selalu dengar kami baca depannya. Dia boleh hafal dengan hanya mendengar dalam senyap. Sekarang kami perasan sedikit surah Al-Mulk dia sudah mula ikut kami baca bersama.

Berbeza dengan Sebelum ni yang dia hafal lagu amalina, aqilah, bara bara bere bere, goyang dua jari, hahahaha dan banyak lagi hiburan dunia yang kami dah tersilap dedahkan pada dia. Syukur yang teramat sangat Ya Allah… Banyak sangat hikmah yang aku dapat bila aku pindah ke rumah baru ni.

Ikhlas dalam ibadah dan menyempurnakan aurat juga datang dengan sendirnya tanpa paksaan bila kita sendiri yang nak berubah dan semua ni berlaku atas izin Allah juga.

Aku harap semua kalangan kita moga ditempat di syurga kelak.InsyaAllah… Masih banyak yang aku perlu cari dalam menyiapkan diri menuju ke akhirat. Mohon doakan semoga aku istiqomah dalam mendekatkan diri aku padanNya.. Memang benar hidayah itu milik Allah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: kisahjalanan via edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*