Mee sup ‘setambong’ jadi tumpuan di Wakaf Tapai

MARANG — Jika ke Terengganu, selain keropok dan nasi dagang boleh cuba mi sup ‘setambong’ (berlambak) di Standard Cafe, di Wakaf Tapai.

Pemiliknya berkata dengan hanya membayar semangkuk, pelanggan akan memperoleh hidangan itu untuk dua orang makan, lapor Harian Metro.

Mohd Saiful Ezanie Omar, 29, berkata idea menghasilkan itu daripada gurauan rakannya.

“Saya pernah buat jamuan kepada rakan di rumah dan dia bergurau kata hidangan mi sup disediakan sikit sangat dan kemudian letak dalam jumlah yang banyak. Selepas itu terus dapat idea untuk berniaga mi sup ‘setambong’ ini,” katanya yang berniaga sejak awal tahun.

 

 

Mulanya dibuka pada waktu malam sahaja, pelanggan boleh memilih sama ada mahu ayam, daging, perut (lembu) atau campuran antara ketiga-tiganya.

Selain mi, aiskrim buah ‘belambok’ dengan “pilihan buah naga, mangga, tembikai, pisang dan epal” turut dijual.

Dikunjungi sekitar 200 pelanggan setiap hari, semangkuk mi ‘setambong’ dijual dari RM7 hingga RM10, manakala aiskrim RM8.

Dikenali ramai dengan nama Kafe Bunian, mereka mendapat jualan kasar mencecah RM1,600 sehari.

 

 

Menurut Saiful, sebanyak 50 sen dari jualan mi dan aiskrim akan diberi kepada golongan memerlukan seperti ibu tunggal dan anak orang kurang upaya (OKU).

Menggunakan 40 ekor ayam dan 20 kilogram daging bersama perut lembu setiap hari, warung dibuka dari Rabu hingga Isnin kecuali Selasa.

Waktu operasinya dari 1 petang hingga 7 petang, berdekatan Akademi Bomba Wakaf Tapai dan Masjid Al Barokah.

Semak Facebook: Standard Cafe atau hubungi 010 669 9196 atau 010 918 4438 untuk keterangan lanjut dan lokasi lebih tepat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Cempedak Cheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*