Mat Hasan ajak MCA, MIC bincang baik-baik

Beberapa jam selepas media melaporkan MCA dan MIC sedang berbincang mengenai masa depan BN, Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan tampil mengajak kedua-dua parti bermesyuarah.

Beliau yang juga bertindak sebagai pemangku pengerusi BN selepas Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti berkata Umno melihat isu berkenaan dengan serius dan menggesa semua pihak bertenang.

“Saya melihat isu ini dengan serius. Saya akan memanggil mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan hal ini,” katanya seperti dipetik NST.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan MCA dan MIC sedang melihat pelbagai kemungkinan dalam menentukan langkah mereka di pentas politik ketika ini.

Memetik sumber yang enggan didedahkan identitinya, antara cadangan yang dibincangkan kedua-dua parti itu ialah menyingkirkan Umno daripada BN.

Sebelum itu MCA dan MIC mengeluarkan kenyataan bersama untuk memaklumkan rancangan mereka meninggalan BN dan meneroka idea membentuk pakatan baru.

Ini berikutan sikap membisu berterusan Umno mengenai kenyataan perkauman daripada parti itu.

 

Boleh keluar bila-bila masa

Image result for Presiden MCA Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC S A Vigneswaran

“MCA dan MIC tidak ada pilihan lain kecuali untuk meneruskan langkah untuk meneroka pakatan baru yang menggambarkan tujuan sebenar penyatuan dalam kepelbagaian dalam niat asalnya,” kata kenyataan ditandatangani Presiden MCA Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC S A Vigneswaran.

Untuk rekod MCA baru-baru ini meluluskan usul untuk mengemukakan cadangan bagi membubarkan BN dan membentuk gagasan baru selepas parti itu kalah dalam PRU ke-14 pada tahun lalu.

Kegagalan BN mengekalkan kuasa juga menyaksikan satu demi satu parti komponennya membawa haluan sendiri. Setakat ini parti utama yang masih ada dalam BN ialah Umno, MIC dan MCA.

Bagaimanapun Setiausaha Agung BN Nazri Aziz pada 25 Feb lalu berkata beliau tidak berasakan MCA masih menjadi sebahagian daripada parti komponen BN.

Malah Nazri berpendapat MCA boleh meninggalkan gabungan tersebut pada bila-bila masa.

Mohamad berkata semua pihak perlu mengelakkan tindakan drastik sebelum mesyuarat diadakan.

“Selepas bermesyuarat kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini,” katanya lagi.

Sementara itu Nazri pula berkata MCA dan MIC tidak perlu menunggu lebih lama jika mereka mahu meninggalkan BN.

“Apa yang mereka tunggu lagi? Mereka boleh keluar, siapa kisah?

“Ada banyak parti meninggalkan BN (sebelum ini), jadi mereka boleh berkemas dan keluar,” katanya.

Terdahulu, ‘Umno ajak mesyuarat tapi MCA, MIC takut terperangkap’

 

Selepas MCA meluluskan usul agar BN dibubarkan, belum ada mesyuarat majlis tertinggi badan itu diadakan.

Menjelaskan perkara itu Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan berkata sejak memegang jawatan tersebut daripada Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau ada mengajak MIC dan MCA bermesyuarat.

Bagaimanapun kata Mohamad kedua-dua parti tersebut mengelaknya.

“Bukan tak mahu, dia (MCA dan MIC) cuba mengelak kerana jika saya panggil, mereka tidak mahu wartawan bertanya mengenai resolusi itu dan mereka akan terperangkap di situ,” katanya.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata demikian semasa menjadi tetamu forum Bicara Minda di Shah Alam hari ini.

Terdahulu Mohamad berkata, beliau pernah bertemu dengan pemimpin kedua-dua parti dan bertanyakan mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

“Saya mesyuarat secara ad-hoc. Jumpa MCA, MIC sebab saya panggil dia (MCA dan MIC) tak mahu,” katanya.

Pada 2 Disember lalu, Perhimpunan Agung MCA meluluskan resolusi menggesa BN dibubarkan dan satu membentuk pakatan baru dibentuk.

 

Buang bodoh sombong

Ia berlaku ketika Umno semakin akrab dengan PAS.

Mohamad juga berkata, kedua-dua parti komponen BN itu sepatutnya memperkasakan diri masing-masing tanpa berharap daripada Umno memandangkan parti itu juga dalam keadaan yang tidak stabil.

“Saya dah beritahu mereka dan rakan-rakan dalam BN, kita bukan dalam kerajaan lagi. Jadi untuk kita ‘menarik beban’ Umno tak mampu lagi seperti (berfungsi seperti) dulu untuk bawa beban yang besar.

“Jadi setiap parti kena berusaha untuk parti masing-masing. Itu pesan saya kepada mereka dan setiap parti kalau boleh mengukuhkan parti masing-masing,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai nasib Umno Mohamad berkata mereka perlu mengambil iktibar daripada kekalahan teruk pada PRU ke-14 lalu dengan membuang sikap bodoh sombong dan perasaan ego.

Mohamad berkata antara sebab Umno pernah bersikap sedemikian rupa ialah kerana mereka tidak pernah mendapat keinsafan disebabkan erlampau lama berkuasa.

“Memang banyak kita belajar daripada kekalahan. Pertama kita jangan sombong dengan orang – kita tak dengar cakap orang.

“Dulu kita sibuk dengan jawatan masing-masing. Kadang-kadang bukan dengan orang luar pun, dengan orang bawah pun kita tak nak dengar cakap mereka. Itu salah satu sebab kita kecundang,” katanya.

Menurutnya sebelum ini Umno gagal mendengar suara orang muda sedangkan golongan itu menjadi aset kepada parti.

Katanya Umno pernah berasa serba tahu sehingga enggan mengendahkan pandangan orang lain.

Beliau juga meluahkan rasa kesalnya kerana terdapat pihak yang menyertai Umno kerana mahu mendapatkan habuan seperti kontrak, dan bukannya demi perjuangan parti.

Katanya, ia berlaku apabila parti terlalu tertumpu kepada pemimpin berbanding parti itu sendiri.

“Itu saya katakan adalah satu perkara amat malang kita dilatih supaya menjadi leader centric bukan party centric,” katanya.

 

Tak tegah Zahid kembali jalan tugas presiden

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga berkata Zahid bebas untuk membuat kemunculan dengan mengadakan ceramah di Bagan Datuk dan melihat ia bukan perkara yang perlu diperbesarkan memandangkan beliau merupakan ahli parlimen di situ.

“Sudah seharusnya Ahmad Zahid mesti mengadakan gerak kerja di bahagian dia. Kalau tidak bahagian dia terbengkalai begitu sahaja. Tak sepatutnya begitu.

“Dia bukan ada wawancara dengan pemimpin-pemimpin PAS di luar kawasan dia. Memang saya telah minta dan arahkan supaya semua ketua bahagian, MP, Adun supaya gerakkan jentera mulai sekarang,” katanya.

Zahid dijangka kembali ke pentas politik hari ini selepas hampir dua bulan bercuti daripada bertugas sebagai presiden Umno dengan menghadiri forum yang akan mengupas kerjasama antara Umno dan PAS di kawasan parlimennya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pandangan beliau mengenai kemunculan semula Zahid di layar politik yang didakwa kurang diterima baik oleh rakyat dan netizen.

Pada masa sama, Mohamad juga tidak menegah jika Zahid ingin kembali ke dunia politik dan ingin kembali menjalankan tugas-tugas presiden yang dipangkunya ketika ini.

“Itu dia punya haklah. Dia cakap pergi bercuti, kalau dia kata dah letih bercuti nak balik. Baliklah. Terpulang pada dia. Saya hanya menjalankan tugas presiden,” katanya.

Nazri: MCA, MIC tak boleh hidup tanpa Umno

Setiausaha Agung BN Nazri Abdul Aziz tertawa besar apabila diberitahu rancangan MCA dan MIC untuk menendang keluar Umno daripada gabungan Barisan Nasional.

“Maka itulah pengakhiran MCA dan MIC. Kekuatan BN terletak pada BN, bukan mereka. Kedua parti itu telah ditolak oleh komuniti mereka sendiri,” kata Nazri kepada Malaysiakini.

MCA dan MIC hari ini berkata mereka “mengorak langkah ke hadapan” dan meneroka “perikatan politik baru” berikutan Umno tidak bertindak terhadap kenyataan perkauman oleh Nazri dan pemimpin Umno lain.

Seorang pemimpin kanan yang dekat dengan hal rundingan MCA dan MIC memberitahu Malaysiakini mereka sedang meninjau peluang untuk menendang keluar Umno daripada BN.

Terdahulu, MCA mencadangkan rancangan untuk membubarkan BN.

 

Tak suka BN, keluar sajalah

Nazri tidak risau dengan perkembangan ini berkata BN tidak boleh dibubarkan jika hanya satu parti sahaja yang bersetuju untuk rancangan itu.

“Jika mereka tidak suka BN, mereka boleh tinggalkan (gabungan ini) sebagaimana yang dilakukan parti-parti di Sarawak. Tidak perlu buat sebarang usul. Keluar sajalah, saya harap mereka melaksanakan apa yang dicakap,” katanya lagi.

MP Padang Rengas itu juga berkata beliau “sangat gembira” mengetahui MCA dan MICA mahu mengorak langkah ke hadapan.

Katanya, Umno boleh mencari rakan sekutu bukan Melayu lain bagi menggantikan dua parti itu.

“Kami boleh kerjasama dengan IPF dan Kimma serta kami boleh membuka keanggotaan untuk individu Cina dan India untuk menjadi ahli BN,” katanya.

Nazri turut berkata Umno juga sedang meninjau jalinan kerjasama “yang kekal” dengan PAS.

Ketegangan antara MCA dan Umno tercetus selepas MCA menggesa Nazri dipecat daripada setiausaha agung BN. Ini selepas Nazri didakwa menuntut sekolah Cina dan Tamil ditutup.

Nazri menafikan membuat gesaaan itu dan mendakwa media salah petik ucapannya.

Beliau menjelaskan kenyataannya bermaksud sekiranya keistimewaan orang Melayu dipertikai, maka keistimewaan bukan Melayu juga akan dipersoalkan, termasuklah hak sekolah vernakular.

Malaysiakini melaporkan ucapan Nazri yang memberi amaran kepada bukan Melayu supaya tidak mempertikaikan keistimewaan Melayu atau menanggung akibat dipertikaikan keistimewaan mereka.

“Saya dah jelaskan, saya tidak pernah buat kenyataan perkauman. Apa lagi yang mereka mahu?

“Saya tidak pernah menyerang sebarang parti, Presiden MIC SA Vigneswaran, para pemimpin MCA Wee Ka Siong, Chew Mei Fun dan Nicole Wong, mereka yang menyerang saya,” kata Nazri hari ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *