Mas Idayu Dedahkan Dia Tidak Menolak Untuk Berkahwin Lagi. Tapi….

PENYANYI terkenal, Mas Idayu mendedahkan dia tidak menolak untuk berkahwin lagi.

Pun begitu, anak perempuannya tidak merestui kemahuan penyanyi Selangit tersebut.

“Saya nak tapi anak yang tak nak, jadi saya kerja sahajalah cari duit,” katanya ringkas.

Tambah Mas Idayu, rata-rata jejaka yang hadir cuba mencuri hatinya itu majoriti berusia lebih muda darinya.

“Setakat ini ramai yang nak itu budak-budak muda, tapi cita rasa saya suka yang berumur sebab saya dapat merasakan dia melindungi kita. Tapi saya tak nak bermadu,” akhirinya.

Terdahulu Mas Idayu pernah berkahwin dengan Aman Graseka dan hanya bertahan 10 tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Hasil perkahwinan mereka, Aman dan Mas Idayu dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 20 tahun.

[GAMBAR] Wajah Terkini Anak Mas Idayu, Danny Shah Yang Superb Comel!

 

Sejak kami muat naik video kemesraan di antara ratu gelek Malaysia, Mas Idayu yang lebih dikenali sebagai Mami, ramai yang meminta untuk kami muat naik gambar terkini anaknya.

Buat pengetahuan semua, Mas Idayu pernah berkahwin dengan seorang pelakon bernaMA Aman Graseka pada tahun 1997, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Dayini Asyiqah.

Namun perkahwinan mereka tidak berkekalan hingga masing-masing membuat keputusan untuk membawa haluan sendiri pada tahun 2006.

MH difahamkan kini anak gadis yang cukup manja dengan ibunya ini sudah berusia 19 tahun dan mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Malah, dia juga mahir bermain piano. Melihat raut wajah dan personalitinya, ternyata anak kepada penyanyi dangdut ini cukup lengkap pakej untuk menjadi seorang penyanyi.

Okay MH tak nak cakap banyak korang lihat sendiri betapa comel dan cantiknya Dayini Asyiqah atau lebih dikenali sebagai Danny Shah di Instagram.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: SH / MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*