Lepas Sebulan Digelar Barua Cina, Rosyam Nor Dedah Ini Yang Berlaku Kepada Pasaraya Miliknya

“ Saya tidak pernah cakap ST Rosyam Mart adalah milik saya 100 peratus, tetapi orang tuduh saya jadi ‘barua’ Cina. Malah, maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut ditularkan sehingga saham saya juga dipertikaikan,” kata pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor.

Jika anda masih ingat sekitar bulan lalu, tular di media sosial mendakwa pemilik Sri Ternak Group, Datuk Ho Ah Chai adalah pemilik pasar raya berkenaan, manakala Rosyam hanyalah duta untuk menarik pelanggan.

Ramai menjangkakan perniagaan Rosyam Nor bakal mendapat impak berikutan kisah yang tular tersebut. Bagaimanapun, Datuk Rosyam Nor memberitahu jumlah pelanggan ke pasar raya itu semakin bertambah.

Pelanggan makin bertambah..

“ Selepas insiden Januari lalu semakin ramai pula yang menyedari kewujudan pasar raya ini dan datang untuk membeli-belah.

“ Alhamdulillah, walaupun ada isu tular mengenai pemilik sebenar ST Rosyam Nor tetapi kami masih menerima sambutan baik daripada pelanggan,” katanya.

“ Malah, selepas PRU (Pilihan Raya Utama) lalu ada yang kata nak boikot sebelum pasar raya dibuka namun dengan kuasa tular, ia membantu lebih ramai yang datang. Genap enam bulan dibuka, timbul pula isu ini,” katanya.

Rosyam ketika ditemui berkata, dia percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya selain membuktikan namanya masih relevan sehingga ke hari ini.

Dia juga berharap usahanya memperkukuhkan nama dalam bidang perniagaan menjadi inspirasi kepada anak muda untuk berjaya.

“ Saya mahu mereka jadikan saya inspirasi yang berusaha melakukan anjakan ekonomi daripada seorang anak setinggan kepada ahli perniagaan,” katanya.

Rosyam Nor jelaskan cerita sebenar kononnya dia ‘barua’ Cina..

Tampil menjelaskan isu berkenaan, kata Rosyam, sejak memulakan perniagaan itu pada Jun lalu, dia tidak pernah sekali pun mengaku bahawa dia adalah pemilik penuh ST Rosyam Mart.

“Saya bukan duta ST Rosyam Mart seperti yang didakwa, tetapi pemilik bersama kerana turut memegang saham 10 peratus. Saya juga tidak ada kaitan dengan pengurusan Sri Ternak Group ( STG).

“ Saya hanya bekerjasama dengan Pengarah Sri Ternak iaitu Datuk Raymond Ho yang turut memegang saham 89 peratus manakala adiknya, Alan Ho pula memiliki satu peratus dalam ST Rosyam Mart.

“ Di Facebook saya, ada individu yang cakap saya ‘barua’ Cina. Perkara itu bukan hanya membuatkan saya sedih, tetapi keluarga juga terasa sama,” katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabat ST Rosyam Mart, Setiawangsa, hari ini.

Rosyam berkata, walaupun hanya memiliki saham 10 peratus, namun dia membenarkan penggunaan namanya kerana ia adalah syarat yang diberikan ketika dalam perbincangan awal untuk membuka ST Rosyam Mart.

*Lihat video di bawah

Rosyam  pada sidang media berhubung isu Pasaraya ST Rosyam Mart Sdn Bhd.

Pasang Impian sejak kecil mahu miliki pasaraya sendiri..

Menurutnya, ini kerana sejak kecil dia memasang impian untuk memiliki pasar raya sendiri.

“ Ketika dalam perbincangan untuk menubuhkan pasar raya, saya berikan syarat untuk gunakan nama sendiri. Kalau tidak setuju, saya tidak akan tandatangan persetujuan.

“ Saya bukan daripada keluarga yang senang. Jadi, ST Rosyam Mart adalah membantu masyarakat yang menjalani kehidupan sukar.

Sementara itu, Rosyam turut mendedahkan dia sudah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak mengenai tuduhan individu mengatakan dia sebagai ‘barua’ Cina dan kononnya Ah Chai adalah pemilik sebenarnya ST Rosyam Mart.

Untuk rekod, ST Rosyam Nor dibuka 24 jam di Setiawangsa, dan pernah diserbu pelanggan kerana menjual ayam pada harga 88 sen seekor pada September lalu.

 

Tonton video:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*