Lepas Beyonce, ‘Crazy Rich Mumbai’ Ini Panggil Maroon 5 Nyanyi Di Majlis Pernikahan Anak Lelakinya

Nama Mukesh Ambani menjadi sebutan selepas digelar sebagai Crazy Rich Mumbai sebelum ini. Terbaharu, orang kaya di India ini mengundang Maroon 5 di sebuah pesta sempena meraikan hari pernikahan anaknya.

Mukesh Ambani mengadakan pesta pernikahan anak lelaki pertamanya, Akash Ambani di Mumbai, India, (9/3/2019). Akash Ambani menikahi tunangannya Shloka Mehta penuh dengan upacara dan resepsi mewah layaknya seperti anak raja.

Seperti dilaporkan oleh Gulfnews.com, pasangan ini sebelumnya melangsungkan pesta pra-pernikahan di Swiss.

Maroon 5 bersama vokalisnya Adam Levine membuat persembahan di upacara dan pesta pernikahan Shloka dan Akash yang berlangsung di Jio World Centre, Bandra Kurla Complex, Mumbai, India.

Anak lelaki Mukesh Ambani ini masih berusia 27 tahun dan memegang jawatan yang tinggi dalam syarikat. Akash Ambani menduduki jawatan sebagai Pengarah Reliance Retail Limited dan Reliance Jio Infocomm Limited.

Manakala isteri dari Akash Ambani ini merupakan anak perempuan dari pasangan usahawan berlian ternama India, Russell Mehta.  Namanpun orang terkaya di Mumbai, Mukesh Ambani mempunyai ramai rakan baik dari kalangan selebriti mahupun para CEO perniagaan ternama nih. Bayangkan tetamu undangannya dari Shahrukh Khan, Abhishek Bachchan, Ranbir Kapoor, Aishwarya Rai hingga Priyanka Chopra, turut hadir di pesta pernikahan Crazy Rich Mumbai ini.

 

Antara Aktress Yang Hadir Ke Majlis

Kareena Kapoor

Foto – www.bollywoodhungama.com

Deepika Padukone

Foto – www.bollywoodhungama.com

Karisma Kapoor

Foto – www.bollywoodhungama.com

Shah Rukh Khan & Isteri Gauri

Foto – www.bollywoodhungama.com

Alia Bhatt

Foto – Rediffmail

Jhanvi Kapoor

Foto – Rediffmail

Preity Zinta

Foto – Instagram

Priyanka Chopra

Foto – Getty

Aishwarya Rai

Foto – www.bollywoodshaadis.com

Pada tahun lepas, Mukesh Ambani mengundang Beyonce buat pesta pernikahan anak perempuannya Isha. Maroon 5 menyanyikan lagu-lagu seperti “Sugar”, “Girls Like You”, dan “What Lovers Do” dihadapan tamu undangan dan kedua mempelai. Bayangkan, dengan mengundang Maroon 5 berapa agaknya kena bayar kan?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Hangat / Wanista

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*