“Lelaki Tu Call Mia Cakap Saya Ada Hubungan Dengan Girlfriend Dia” – Izham Tarmizi Akhirnya Buka Mulut

Baru-baru ini entri di laman sosial yang antara lain membawa maksud Allah meletakkan seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan yang lebih baik menyebabkan nama Mia Ahmad hangat diperkatakan, sejak dua hari lalu.

Malah tidak cukup itu, tindakan bintang Hati Perempuan itu memadamkan semua foto suami tersayang, Mohd Izham Tarmizi Roslan memberi bayangan seolah-olah rumah tangga mereka bagai ‘telur di hujung tanduk’. Sementara itu sebuah akhbar popular, BH Online mendapatkan Mia dan suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk mendapatkan kepastian. Beliau yang tenang berdepan cerita panas, Mia memberitahu, tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh.

Image result for izham mia

 

“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling. Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah. Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya,” katanya.

Image result for izham mia

Disoal apakah perkembangan terbaru ini bakal mengundang perkara tidak diingini, Mia tidak mampu menjangka lebih jauh. “Apa jadi selepas ini, saya reda,” ujarnya. Dalam pada itu, Izham yang berada di sisi Mia ketika dihubungi, mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.

“Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki tersebut seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya. Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya,” dakwanya.

Tambah Izham, ketika ini, dia tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pasangan itu.

Related image

“ Apa yang pasti saya masih sayangkan Mia dan anak kami. Saya nak selamatkan rumah tangga ini. Saya nak jelaskan kepada Mia terutamanya mengenai perkara betul dan orang luar yang berprasangka buruk terhadap diri ini. Selain berfikir untuk membawa hal ini kepada polis, saya merujuk dengan mereka yang berpengalaman. Cuma saya tak boleh terburu-buru bertindak. Ketika ini siasatan terperinci sedang dibuat,” jelasnya.

Terdahulu Izham dan Mia dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu. Pelakon, Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.

Padam gambar suami & luah rasa kecewa di Instagram, status rumah tangga Mia Ahmad jadi persoalan

Setelah hampir 2 tahun Mia Ahmad mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan, pasangan ini telah pun menimang cahaya mata sulung mereka pada September yang lalu.

Bayi lelaki yang bernama Sayf Issa tersebut juga merupakan penyeri hidup buat pasangan sama cantik sama padan ini memandangkan Mia juga dikatakan telah mengalami keguguran pada akhir tahun lalu.

Namun demikian, semalam pelakon drama bersiri Mr. Boss, Miss Stalker tersebut dilihat telah memuat naik satu status yang seolah-olah berunsur kecewa di laman Instagramnya.

Bukan itu sahaja, malah pelakon cantik berusia 30 tahun tersebut juga dilihat telah memadam semua gambar dia bersama suami di Instagram miliknya.

Untuk mengelakkan timbulnya sebarang pertanyaan daripada penminatnya, Mia juga dilihat telah menutup ruangan komen pada status berkenaan sehingga membuatkan munculnya persoalan dalam minda netizen tentang status sebenar rumah tangga pelakon cantik ini.

Namun begitu, foto romantik mereka suami isteri masih lagi kelihatan di laman Instagram Izham Tarmizi.

Sehingga kini, Mia dan suami masih lagi belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang status sebenar rumah tangga mereka. Walau bagaimanapun, rata-rata ramai yang berharap agar rumah tangga kedua-dua pasangan ini terus bahagia seperti sebelum ini. Sumber : IG Mia Ahmad, Izham Tarmizi

Kenali Mia Ahmad
Mia dilahirkan sebagai Samihah binti Ahmad Baderi di Taiping, Perak kepada keluarga warisan Perak dengan keturunan jauh Pattani. Beliau ialah anak keempat daripada lima adik-beradik dan mendapat pendidikannya di SMK Treacher Methodist Girls School dan mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya
Mia memulakan kerjaya awalnya dalam bidang penerbangan sebagai pramugari di syarikat penerbangan komersial tempatan, AirAsia X dan Emirates Airline selama kira-kira 4 tahun sebelum terjun ke dalam dunia hiburan tanah air.

Selepas meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari, Mia mula melibatkan diri dalam bidang permodelan dan terbabit dalam iklan TV. Beliau muncul dalam iklan Oral B dan Nestle Nan Grow sebelum dia menjadi aktif ke dalam bidang lakonan sehingga hari ini.

Kenali Izham Tarmizi
Sekiranya Mia Ahmad sememangnya mula dikenali sejak bergandingan dengan Saharul Ridzuan melalui drama hit Hati Perempuan, siapa sebenarnya Izham Tarmizi, si ‘penjaga hati’nya? Jika bercakap mengenai penjaga gol yang popular, pasti Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias yang terlintas di fikiran, bukan? Jadi GLAM Lelaki senaraikan 5 fakta menarik mengenai beliau.

1 Nama penuh Izham Tarmizi ialah Mohd Izham Tarmizi Roslan, dan berasal dari Marang, Terengganu. Beliau berusia 26 tahun dan dilahirkan pada 24 April 1991. Ketinggian beliau pula sekitar 175 cm. Beliau sangat mengemari sukan badminton dan golf selain bola sepak.

2. Di sebalik statusnya sebagai penjaga gol kedua JDT di awal penglibatannya, beliau dilihat sentiasa mempamerkan persembahan berkualiti setiap kali Mario Gomez membuat squad rotation. Persembahannya semakin meningkat dan memberansangkan sehingga dianugerahkan sebagai pemain terbaik bulanan PFAM untuk bulan Mei 2016. Beliau menewaskan 4 calon yang tak kurang hebatnya seperti Ahmad Fakri Saarani (Kedah FA) dan Joseph Kalang Tie (Terengganu FA).

3. Jersi nombor rasmi Izham Tarmizi apabila beraksi di atas padang ialah 24. Sikap Izham yang cukup commanding dan protective menjaga gawang adalah antara aset utamanya. Malah jika kita perhatikan ball distribution dan ketangkasan beliau sejak kebelakangan ini, ia juga telah meningkat dan membanggakan.

4 Persembahan mantap Izham bersama skuad JDT telah meyakinkan Datuk Ong Kim Swee untuk menjadikan beliau penjaga gol no.1 skuad kebangsaan ketika ini. Malah, beliau mencatatkan penjaga gol pertama yang mendapat tajaan gloves (sarung tangan) dari jenama antarabangsa, FAT GK.

5 Seorang yang sweet dan bijak mengambil hati Mia Ahmad. Ini dibuktikan dengan usaha peribadinya menganjurkan parti kejutan hari jadi buat Mia Ahmad sewaktu mereka di awal-awal perkenalan. Menurut Mia, detik perkenalan mereka bermula apabila Izham mula menghubunginya menerusi aplikasi laman sosial Twitter.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*