Lelaki panik terlangg4r kereta, mangs4 selamba ajak makan sampai jadi member

Kemalangan jalan raya boleh terjadi tanpa diduga. Apatah lagi sekiranya melibatkan dua pihak, perbalahan atau pergaduhan mungkin membuatkan keadaan menjadi lebih tegang.

Namun berbeza bagi seorang pemuda yang tular di laman media sosial baru-baru ini selepas bertindak untuk memaafkan kesalahan si pelangg4r keretanya.

Menerusi laman Facebook, Kok How berkongsi kejadian yang berlaku di Pulau Pinang itu apabila kereta jenis Toyota Vellfire miliknya dilangg4r tanpa sengaja oleh seorang pemandu lori.

Keadaan itu menyebabkan pemandu lori rasa bersalah dan risau terhadap keadaan kereta terbabit walaupun lori miliknya turut mengalami kerosakan.

Menurut posting berkenaan lagi, orang awam di sekeliling tidak menghulurkan bantuan sebaliknya merakam gambar dan video insiden tersebut manakala balai polis pula terletak jauh dari lokasi kejadian.

Apabila melihat pemandu lori dalam keadaan resah akibat kesalahan yang dilakukan, Kok How mengajak lelaki itu untuk makan bersama di sebuah restoran mamak.

Setelah selesai menikmati makan malam dan membuat laporan polis, mereka berdua menjadi rakan dengan berbual serta bergelak ketawa seperti tiada apa yang berlaku.

Posting tersebut mendapat lebih 2,600 perkongsian dan 17,000 tanda suka serta pelbagai reaksi positif netizen yang kagum dengan tindakan harmoni mereka.

Sumber : Kok How via OMM


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *