Lelaki Ini Tular Kerana Mimik Muka Dan Perkataan Deyyy. Ini Kata Kata Lelaki Ini Selepas Tahu Ramai Yang Tularkan Video Tersebut

SHAH ALAM – ‘Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah,’ kata ahli perniagaan, S Kanagarajah berhubung klip videonya yang berkaitan dengan rusuhan kuil Sri Maha Mariamman menjadi tular.

*Video penuh diakhir artikel deyyy…

Sambil menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan, Kanagarajah berkata, dia tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu.

Ini Respon Pakcik Deyyy…

“Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa terhadap insiden yang berlaku.

“Saya buat begitu kerana terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku pada masa itu,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, dia berkata, sekumpulan lelaki memasuki kuil dengan membawa senjata tajam.

“Pada masa itu, kita adakan upacara sembahyang dan dalam kuil semua ada dalam 40 orang termasuk wanita dan orang tua .

“Jadi kami mahu lindungi mereka,” katanya.

Kanagarajah berkata, apa yang berlaku tidak melibatkan isu perkauman.

“Saya boleh cakap ini 100 peratus bukan masalah perkauman kerana kita berkawan baik dengan semua orang,” katanya.

Bagaimana pun, dia tidak menolak sekumpulan individu yang melakukan rusuhan itu diupah oleh pihak lain.

“Sudah tentu! Tiada orang melakukan perbuatan seperti itu percuma,” katanya.

Tambahnya, dia tidak menerima sebarang ugutan dan ancaman daripada mana- mana pihak selepas video itu tular.

Video tersebut menjadi tular sehingga mencetuskan parodi di media sosial menggunakan #Deychallenge dan #Theyychallenge.

Terdahulu, video berdurasi sembilan saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang mengawal keadaan di kuil berkenaan.

Kuil: Lelaki ini tidak kisah video tular...

Selain itu, gambar lelaki sama dalam video berkenaan memakai uniform polis turut tular di laman sosial sehingga wujud spekulasi ada anggota polis terlibat.

Bagaimana pun, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, individu tersebut merupakan anggota Polis Simpanan Sukarelawan (PVR) yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

Isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.

Seramai 30 individu ditahan polis berhubung kes tersebut.

Sumber Artikel : SINAR HARIAN

Lelaki tunjuk geram dalam video viral bukan polis, kata KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan seorang lelaki yang menunjukkan geram dalam sebuah rakaman video tersebar di media sosial semalam, bukan anggotanya yang didakwa terbabit dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Fuzi berkata, beliau sedia maklum mengenai rakaman video dan gambar lelaki yang didakwa anggota polis itu, tetapi hasil semakan mendapati individu berkenaan ialah bekas Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) ditamatkan perkhidmatannya atas faktor lain yang tiada kaitan dengan rusuhan di kuil itu.

“Semakan yang kita buat dia bukan anggota polis, dia hanyalah PVR pada suatu ketika, tetapi disebabkan masalah tertentu, kita sudah tamatkan khidmat dia,” katanya selepas melancarkan buku panduan dan siasatan melibatkan agen kimia di Maktab PDRM, hari ini.

“Kenyataan-kenyataan pihak tertentu katakan anggota polis terlibat, itu adalah tidak benar sama sekali.

“Dia ditamatkan perkhidmatan kerana sebelum ini ada isu lain. Lagipun dia bukan polis, hanya PVR yang kita lantik bertugas lazimnya di sebelah petang, yang banyak terdapat di negeri dan seluruh negara.”

PVR ialah cabang bantuan sumber tenaga manusia polis bagi menjalankan pencegahan dan membanteras jenayah dengan lebih berkesan.

Orang awam boleh menjadi menyertai PVR sebagai anggota polis separuh masa untuk membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

Fuzi berkata, sebuah pasukan petugas khas sudah ditubuhkan untuk memburu dalang dalam kekecohan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman sejak awal pagi Isnin lalu, termasuk individu yang menyerang anggota polis serta bomba.

“Kita sudah tubuhkan ‘task force’, kita sudah hantar pasukan dari Bukit Aman untuk membantu (polis) Selangor mengesan mereka yang terlibat, termasuk menyerang anggota bomba dan anggota kita.

“Dalam proses kita mengumpulkan maklumat dan bukti, kita juga perlukan maklumat daripada orang ramai untuk tampil ke hadapan, mungkin mereka ada buat rakaman video,” katanya sambil menambah kawalan diperketatkan di sekitar kawasan Kuil Sri Maha Mariamman. Sumber Artikel :  FMT

PARODI TERBARU DEY VERSI ROCK:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: KLviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*