Kronologi Pemb*nuh4n Kejam Siti Masyitah Yang Dijumpai Tiada Kepala Dan Org4n Dalaman

SELEPAS dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu, may*t Siti Masyitah Ibrahim, 11, ditemui dalam keadaan amat tragis dengan tangan dan kakinya diikat, selain beberapa org4n dalamannya hilang.

May*t kanak-kanak itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam.

Kronologi

* Siti Masyitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan pada jam 5 Petang, 30 Januari.

* Menurut keterangan ibu mangsa, Zaleha Abdullah, anaknya keluar menunggang basikal berseorangan selepas meminta RM1 untuk ke kedai runcit.

* Laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan pada malam 30 Januari selepas usaha mencari dan mengesannya menemui jalan buntu.

* Basikal mangsa ditemui orang kampung beberapa hari kemudian kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.

* Usaha mencari kanak-kanak perempuan itu diteruskan orang kampung termasuk melakukan pencarian di kawasan ladang kelapa sawit di mana may*t mangsa dijumpai.

* Pada 9 Februari may*t mangsa dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa.

* Ketika ditemui may*t mangsa dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput.

* Kepala mangsa juga sudah terpisah daripada badannya dan dilaporkan beberapa org4n dalaman mangsa tidak dijumpai

* May*t kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dijangka menjalani proses bedah siasat pada esok.

 

‘Tangan dan kaki diikat, org4n dalaman dikeluarkan’ – Budak 11 tahun dibunuuh kejam

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Itu yang dapat disimpulkan ke atas penemuan may*t kanak-kanak perempuan, Siti Masyitah Ibrahim, 11, yang ditemui dalam keadaan tragis apabila tangan dan kakinya diikat selain beberapa org4n dalaman dikeluarkan dari may*tnya.

Segalanya bermula apabila may*t kanak-kanak malang itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam, selepas mangsa dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.

Menurut ibu mangsa, Zaleha Abdullah, 35, dia dimaklumkan berhubung penemuan anaknya selepas waktu Asar sebelum dia dan suami Ibrahim Ali, 39, bergegas ke lokasi kejadian.

“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain may*tnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

“Beberapa org4n dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,” katanya kepada Harian Metro di Pekan, hari ini.

Zaleha berkata, dia mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.

Menceritakan detik anaknya hilang, Zaleha berkata, dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera.

“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan… bila saya lihat may*tnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini,” katanya.

Zaleha menyifatkan Siti Masyitah yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu sebagai anak yang periang dan ceria.

“Mengapa mereka (pembunuuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Mohd Rosli Mat Rasat, 38, berkata, dia antara yang terawal tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan rakannya berhubung penemuan may*t Siti Masyitah.

Katanya, kejadian pembunuuhan kejam itu adalah yang pertama berlaku di kampung itu sejak 35 tahun lalu.

“Semasa dia hilang saya dan rakan-rakan mencarinya di seluruh pelusuk kampung termasuk di kawasan may*tnya di temui. Saya rasa dia dibunuuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan ini,” katanya.

Mohd Rosli berkata, Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang tiba ke lokasi kejadian pada 8 malam sebelum may*tnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, ketika dihubungi mengesahkan penemuan may*t itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Hmetro / Cempedak Cheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*