Kompang 5 Beradik Buat Kejutan Pada Hari Konvokesyen Kakak. Bertuahnya Si Kakak

Kumpulan Kompang 5 beradik ini menjadi viral di laman sosial selepas mereka sering dipanggil untuk membuat persembahan dalam acara perkahwinan dan juga majlis-majlis lain.

Mereka sebenarnya merupakan kumpulan Kompang Lima Beradik yang semakin dikenali ramai selepas persembahan di kenduri kahwin tular di media sosial, terdiri daripada lima beradik iaitu Muhammad Khalid Lasim, 25, Ezzat Syafie, 22, Fahmi Azarul, 21, dan pasangan kembarnya, Fauzi Azizul dan Syamsul Arif, 18.

Baru-baru ini mereka telah membuat kejutan kepada kakak kandung mereka pada hari konvokesyen di Universiti Malaysia Kelantan.

Menurut kakak mereka, dia tidak menyangka bahawa adik-adiknya akan memberikan kejutan sedemikian dan pada masa yang sama dia sangat terharu dengan kejutan tersebut.

Hubungan yang erat antara adik-beradik ini secara tidak langsung menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan netizen dan mengharapkan hubungan antara adik beradik seperti mereka.

HAI SEMUA..KALI NI KAMI BUAT SURPRISE UNTUK KAKAK KAMI SEMASA KONVO DIA KAT UMK BARU2 INI.. HOPE U ENJOY.. KAMI SHARE SEKADAR INGIN BERKONGSI DAN MENGGALAKKAN ANDA SEMUA BUAT SOMETHING SPECIAL UNTUK KELUARGA DI HARI BERSEJARAH MEREKA.. TAK PERLU HADIAH MAHAL-MAHAL.. KADANG2 UCAPAN TAHNIAH DAN SOKONGAN PENUH SUDAH CUKUP MEMBERI ERTI YG BESAR BUAT SESEORANG..BETUL X..

TONTON VIDEO :

Ramai netizen yang turut tersentuh dan terharu dengan tindakan adik beradik ini yang membuta kejutan pada hari bersejarah kakak mereka.

asal rasa sebak pulak ni… btw korang mmg best.. jeles ada adik beradik mcm ni

untungnya ade adik beradik cm ni suka buat suprise sejuk mak korng bile tngk anak ii dia suke buat suprise xkesh la korng main kompng ke ape ke jnjiyng korng buat tu halal btw best sngt

part tkley blah dia betulkan tudung akak dia tu hurmm cm tahutahu jee pompuan sensetif bab tudung klepet apa semua hahaha

tia2 kuo lak air mata ni… terharu sedih… untungny ad adk brdik cm ni..

adik-beradik yg patut dicontohi… keakraban adik-beradik ni harus dicontohi…

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: youtube kompang 5 beradik official

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*