Kini anda boleh membayar PTPTN di 7-Eleven dengan kadar serendah RM10 sahaja! Jom lihat caranya

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN merupakan skim pinjaman yang diberikan oleh kerajaan kepada mana-mana individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Selain daripada promosi tahunan yang seringkali ditawarkan oleh PTPTN, terdapat pelbagai lagi kaedah untuk peminjam membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN. Ada yang membayar secara atas talian, menerusi penolakan secara terus daripada gaji dan terbaru, anda sebenarnya boleh membayar semula pinjaman di kedai serbaneka 24 jam iaitu 7-Eleven!Ya, caranya mudah sahaja. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan 7-Eleven berdekatan dan membuat pembayaran PTPTN secara tunai dengan kadar serendah RM10 sahaja…

Namun, sebelum anda melakukan sebarang pembayaran melalui kaedah yang mudah ini, anda haruslah melengkapkan langkah-langkah di bawah:

 

Langkah 1 : Layari laman sesawang PTPTN dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Kemudian, tekan butang ‘Cari’.

Kredit: PTPTN

 

Langkah 2 : Tekan butang ‘Teruskan’

Kredit: PTPTN

 

Langkah 3 : Isikan butiran anda dan klik ‘Pembayaran’

Kredit: PTPTN

 

Langkah 4 : Cetak atau ambil gambar bukti pembayaran

Kredit: PTPTN

 

Langkah 5 : Pergi ke premis 7-Eleven terdekat untuk membuat pembayaran

Kredit: 7-Eleven

 

Kini, membayar hutang PTPTN menjadi jauh lebih mudah dengan adanya kaedah baharu ini. Tiada lagi sebab untuk anda menangguhkan pembayaran kerana pihak PTPTN menerima bayaran terendah iaitu RM10 dan ini sudah tentu tidak akan membebankan anda!

Belanjawan 2019: Potongan gaji galak bayaran balik PTPTN

Terdahulu dalam pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini, Lima langkah akan diperkenalkan kerajaan bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan, termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” di Dewan Rakyat hari ini, berkata langkah lain ialah memperkenal pembayaran balik secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman.

Beliau berkata langkah tersebut hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Selain itu, katanya pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019 manakala pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun depan.

Katanya baki hutang peminjam berusia 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan juga akan dihapus kira, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan melibatkan kos RM4.2 juta. – Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: World of BuzzPTPTN via Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*