Khabib kepada McGregor: ‘There can be only one king of the jungle’

“HANYA boleh ada satu sahaja raja di rimba. Hanya satu.”

Itu ungkapan juara lightweight dunia UFC, Khabib Nurmagomedov yang berkemungkinan besar ditujukan kepada Conor McGregor susulan pengumuman persaraannya.

McGregor pada Selasa mengejutkan peminat apabila petinju dari Ireland itu umum bersara dari sukan seni bela diri campuran (MMA) menerusi akaun Twitternya.

Persaingan di antara Khabib dan McGregor wujud sejak pertembungan mereka di UFC 229, Oktober lalu.

Pertarungan itu berakhir dengan McGregor ditundukkan menerusi ‘submission’ (kuncian) pada minit 3.03 pusingan keempat.

Namun, selepas pertarungan, Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor.

Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang orang dari pasukan McGregor.

Menurut Khabib, tindakan itu dilakukan selepas dia dihina berbulan-bulan oleh McGregor termasuk serangan bas di Brooklyn.

Susulan insiden tersebut, Khabib dan McGregor telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).

Khabib didenda sebanyak AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan, manakala McGregor pula didenda AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan.

Conor McGregor buat kejutan, umum bersara dari MMA

Conor McGregor buat kejutan, umum bersara dari MMA

Terdahulu, BINTANG seni bela diri campuran (MMA) UFC Conor McGregor hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan persaraannya dari sukan itu.

McGregor, 30 tahun, membuat pengumuman tersebut menerusi kenyataan ringkas di akaun Twitternya pada Selasa.

“Hi rakan-rakan, pengumuman ringkas, saya ambil keputusan untuk bersara dari sukan yang dahulunya dikenali sebagai ‘mixed martial art’ hari ini.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sekerja saya. Dan sekarang ingin menyertai rakan-rakan lama yang telah bersara,” kata petinjMeskipun begitu, ramai yang agak skeptikal dengan pengumuman tersebut dan menyifatkan ia hanyalah ‘taktik’ untuk mempromosikan diri serta pertarungannya yang seterusnya.

Setakat ini juga masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak UFC yang mengesahkan perkara berkenaan, selain presidennya Dana White menyifatkan perkara itu suatu yang “masuk akal”.

Ini bukanlah pertama kali McGregor membuat ‘pengumuman’ sedemikian kerana pada tahun 2016 lalu, dia pernah memuatnaik satu tweet yang mengatakan dia akan bersara muda.
u dari Ireland itu.

McGregor merupakan petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan Eddie Alvarez di Manhattan, New York pada 2016.

Kali terakhir dia bertarung ialah dengan jaguh Rusia, Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018, di mana dia tewas menerusi ‘submission’ pada minit 3.03 pusingan keempat.

Susulan kekecohan yang berlaku selepas perlawanan di UFC 229, McGregor dan Khabib kini telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).

McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *