Kereta Terbang Pertama Milik Volvo Mula Dijual Oktober Ini, Boleh Tukar Jadi Pesawat Kurang 1 Minit

Kereta terbang pertama di dunia akan dijual bulan depan dan ia boleh diubah menjadi pesawat dalam masa kurang dari satu minit dengan kemampuan terbang sehingga 400 batu (640km) dengan pecutan terpantas 160km sejam.

Agensi berita China Xinhua melaporkan awal minggu ini bahawa Terrafugia dijangka membuka pra-jualan menjelang Oktober. Terrafugia sebelum ini mengumumkan bahawa penghantaran akan bermula pada tahun 2019. Harga masih belum diumumkan.

Related image

Image result for terrafugia

Terrafugia, yang dimiliki oleh syarikat induk Volvo, baru-baru ini telah membuat beberapa perbaikan kepada kereta. Ini termasuk tempat duduk yang lebih baik, ruang penyimpanan lebih banyak, tali pinggang keledar, dan beg udara yang lebih baik.

Di samping itu, ia telah diberi kamera pandangan belakang dan sistem payung terjun yang baru. Terrafugia juga dilengkapi dengan mod ‘rangsangan’ yang akan memberikan kuasa tambahan semasa terbang.

Related image

Kenderaan ini juga memenuhi piawaian Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya dan Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan tetapi pengguna memerlukan lesen juruterbang untuk mengendalikan Transition.

Image result for terrafugia

Pesawat ini mempunyai sayap boleh lipat, dengan berat kira-kira 590kg dan mempunyai gear pendaratan tetap. Ia boleh terbang pada ketinggian maksimum 10,000 kaki.

Kereta konsep Terrafugia seterusnya, TF-X, juga dilaporkan akan dilancarkan pada bulan Oktober.

Image result for terrafugia

Image result for terrafugia

“TF-X tidak akan memerlukan lapangan terbang untuk berlepas dan mendarat, dan ia akan memandu di semua jalan raya dan lebuh raya – menyediakan kemudahan pengangkutan pintu dari pintu ke pintu,” kata syarikat itu.

Sumber: Express UK

Kereta terbang kini realiti

Transition dilengkapi sayap sepanjang tiga meter yang boleh dilipat dan disimpan kemas ketika dipandu di jalan raya kini dipasarkan oleh Terrafugia.

SELEPAS permulaan era automotif melalui penghasilan kenderaan mekanikal pertama oleh Nicolas-Joseph Cugnot pada 1769, dunia menunggu sehingga lebih seabad untuk melihat impian kenderaan terbang menjadi kenyataan.
Kejayaan adik-beradik Wright menerbangkan pesawat pertama pada 1903 bukan sekadar bukti penguasaan sepenuhnya laluan darat, air dan udara tetapi menyumbang kepada sistem pengangkutan yang lebih kompleks.

Seabad selepas penciptaan kapal terbang, pertembungan automobil dan sains aeroangkasa kemudian berganjak kepada satu lagi tahap dengan penghasilan kenderaan ‘dua alam’ iaitu kereta terbang.

Ini sekaligus merealisasikan impian manusia sejak berdekad-dekad lamanya untuk melihat sebuah kenderaan yang bukan hanya pantas di jalan raya malah mampu terbang ke udara.

Parajet Skycar

Pertengahan bulan lalu, sekumpulan penggiat rekreasi berkumpul di tengah kota London untuk membuktikan kepada dunia bahawa kereta terbang bukan lagi fantasi di dalam filem atau sekadar imej pada lukisan kanak-kanak.

“Parajet Skycar (Skycar) hanya kenderaan yang mirip seperti sebuah kereta go-kart tetapi kipas dan sayap paragliding membolehkan ia terbang pada bila-bila masa,” kata Neil Laughton yang merupakan Ketua Ekspedisi Parajet Skycar (London-Timbuktu), baru-baru ini.

Keupayaan itu, menurut Laughton, akan dibuktikan melalui penerbangan sejauh 5,760 kilometer dari London ke Timbuktu, Mali merentasi Perancis, Portugal, Selat Gibraltar, gurun Sahara dan pergunungan di Morocco.

Katanya, Skycar hasil ciptaan jurutera Giles Cardozo merupakan kereta terbang pertama yang dijana oleh bahan bakar bioteknologi.

Teknologi sayap fleksibel (ParaWing) ciptaan Mike Campbell dari Paramania Powerglider pada kenderaan itu membolehkan ia dilipat dan disimpan dengan mudah di dalam bot.

Inovasi ParaWing pada Skycar juga mengakhiri masalah rekaan sayap yang selama ini menjadi punca kegagalan kebanyakan rekaan kenderaan jenis itu.

Skycar berkeupayaan terbang sehingga ketinggian 5,000 meter dengan kelajuan 176 kilometer sejam dan memerlukan jarak antara 50 hingga 100 meter untuk berlepas.

Skycar dilengkapi payung terjun balistik sebagai sokongan kegagalan fungsi enjin dan sayap ketika pendaratan cemas.

Kenderaan dua tempat duduk itu juga mempunyai sokongan pemanduan lasak melalui pacuan empat roda (4X4).

Transition

Selain Skycar, sebuah lagi kereta terbang yang kini semakin menghampiri kejayaan adalah Transition yang dibangunkan oleh syarikat penerbangan, Terrafugia.

Berbeza dengan prinsip penciptaan Skycar, Transition tidak dicipta sebagai sebuah kereta tetapi lebih kepada pesawat yang dapat berfungsi sebagai kenderaan di darat.

Transition yang dilengkapi sayap sepanjang tiga meter yang boleh dilipat dan disimpan kemas ketika dipandu di jalan raya itu kini dipasarkan oleh Terrafugia.

Kenderaan udara peribadi dua tempat duduk itu berupaya terbang sejauh 800 km dengan setiap isian penuh tangki dan muatan seberat 195 kilogram.

Konsep penerbangan yang digunakan pada kereta terbang Transition hampir menyamai teknologi yang digunakan pada kapal terbang biasa.

Jika di darat kawalan dilakukan oleh stereng, kawalan kenderaan itu ketika di udara dilakukan dengan menarik kabel untuk melaras kedudukan sayap untuk menentukan arah penerbangan.

Namun, kenderaan hibrid yang dijual pada harga RM473,000 seunit itu masih lagi bukan sebuah kenderaan yang praktikal bagi kebanyakan orang.

Mengambil kira teknologi digunakan, harga yang ditawarkanitu sebenarnya memadai tetapi yang pasti manusia terpaksa menunggu ‘sedikit masa lagi’ untuk menggantikan kenderaan mereka dengan kereta terbang.

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *