Kerana Perangai Lelaki Ini Habis Semua Troli Kena Samak.

PUCHONG – Tindakan seorang lelaki membawa dan meletakkan anjing peliharaannya di dalam troli sebuah pasar raya di Bandar Bukit Puchong, di sini, malam kelmarin mengundang kemarahan orang ramai khususnya yang beragama Islam.

Dua keping gambar yang dirakamkan seorang pengunjung lain menunjukkan lelaki tua itu berdiri di sisi troli dengan seekor anjing berada di dalamnya sebelum ia tular di Facebook sejak kelmarin.

Individu yang merakamkan gambar tersebut turut menyatakan rasa kesal dengan tindakan pemilik anjing tersebut yang seolah-olah tidak sensitif dan peka, tambah lagi larangan membawa masuk haiwan ke pasar raya sudah diletakkan di kawasan pintu masuk.

Gambar seekor anjing diletakkan dalam troli oleh pengunjung sebuah pasar raya di Bandar Bukit Puchong yang tular sejak kelmarin. – Foto FB

Susulan kejadian itu, pihak Masjid Bandar Bukit Puchong (MBBP) dilihat tampil membantu pihak pengurusan pasar raya berkenaan untuk membuat sertu atau samak ke atas troli di situ.

Imam MBBP, Ahmad Zaidee Abu Hassim, 48, berkata, pihaknya mengetahui kejadian selepas melihat gambar terbabit yang tular dan dikongsikan di Facebook Warga Puchong.

Menurutnya, beliau kemudiannya menghubungi pihak pengurusan pasar raya berkenaan bagi mendapatkan pengesahan berhubung kejadian itu.

“Mereka sahkan dan petang semalam, pihak pengurusan pasar raya minta kita bantu untuk buat proses sertu ke atas troli di premis perniagaan mereka.

“Proses sertu itu dibuat ke atas 150 troli yang digunakan pada malam kejadian kerana troli yang diletakkan anjing berkenaan tidak diasingkan dan bercampur dengan troli lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, proses sertu melibatkan 20 wakil masjid serta lapan kakitangan pasar raya berkenaan dimulakan pada jam 9.55 malam tadi dan selesai kira-kira 40 minit kemudian.

“Pengurusan pasar raya tersebut mengambil inisiatif itu kerana tidak mahu pengunjung dan pelanggan mereka berasa ragu-ragu untuk ke pasar raya berkenaan,” katanya berharap kejadian tersebut dijadikan iktibar kepada semua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*