Kenali Faiz Nasir, pemain Terengganu FC yang digelar ‘Ganu Messi’

Perancang bertubuh kecil Terengganu Mohd Faiz Mohd Nasir atau lebih dikenali ‘Messi Ganu’ pernah muncul sebagai juara Piala Presiden. Walaupun  seringkali diejek penyokong lawan kerana faktor fizikalnya, tetapi ia lebih menguatkan mentalnya untuk mempamerkan aksi terbaik setiap kali diturunkan.

Pemain yang hanya berketinggian 1.55 meter itu sudah membuktikan faktor saiz badan bukan halangan buat dirinya untuk menguasai jentera tengah biarpun sering kali menjadi ‘mangsa’ pasukan lawan.

Di sini kami kongsikan biodata pemain bola sepak yang dikenali sebagai Messi Ganu ini.

Biodata Faiz Nasir

Nama penuh: Mohd Faiz bin Mohd Nasir

Nama popular: Faiz Nasir

Tarikh lahir: 21 July 1992

Umur: 26 tahun

Tempat lahir: Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan

Pekerjaan: Pemain bola sepak (pemain tengah pasukan Terengganu FC)

Status: Sudah berkahwin

Media sosial: Instagram @faiznasir15_

1.Anak ke-6

Pemain yang mendapat jolokan  ‘Messi Ganu’ ini merupakan anak keenam daripada sebelas adik-beradik.

2.Pernah memenangi Kejohanan Piala Kijang Muda

Sewaktu membantu pasukan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Pasir Mas memenangi Kejohanan Piala Kijang Muda anjuran Kafa beberapa tahun lepas dan menerusi permainan itu, Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan mula mengesan bakat beliau.

3.Wakil sekolah rendah dan menengah peringkat daerah

Faiz dahulunya hanya giat bermain bola sepak bagi mewakili sekolah rendah dan menengah peringkat daerah sahaja. Selain itu, beliau pernah membantu pasukan Institut Kemahiran Mara (IKM) Pekan muncul sebagai juara dalam karnival sukan antara institut berkenaan.

4. Menyertai The President Warriors

Di usia 21 tahun, Faiz melangkah setapak ke hadapan apabila diberi peluang menyarung jersi The President Warriors, namun tidak berputus asa untuk melangkah lebih jauh dalam sukan yang diminatinya itu, apatah lagi beliau mendapat sokongan penuh daripada kedua orang tuanya.

5. Liga FAM, Felcra FC, Liga Premier & Super

Kemudian, Faiz mengorak langkah bermain dalam Liga FAM untuk pasukan Felcra FC pula. Akhirnya dengan prestasi baik yang ditunjukkan,  barisan kejurulatihan pasukan Terengganu berminat untuk membawanya ke gelanggang yang lebih besar iaitu dengan mewakili pasukan Terengganu pada tahun 2017 untuk Liga Premier, diikuti Liga Super pada 2018.

6. Bercita-cita untuk menyertai pasukan kebangsaan

Biarpun bersusuk tubuh kecil dan hanya berketinggian 1.55 meter, namun Faiz yang mengidolakan pemain tempatan, Mohd Shakri Shaari dan penyerang antarabangsa Argentina serta Barcelona, Lionel Messi itu, mempunyai cita-cita untuk menyarung jersi skuad negara satu hari nanti.

Video Faiz Nasir

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber : Iluminasi.comvia ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*