Keita, Fabinho dijangka atasi kelemahan utama Liverpool

Selain kesilapan penjaga gawang, ramai penyokong berpendapat kekalahan Liverpool dalam aksi peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) hujung minggu lalu juga adalah disebabkan kelemahan pemain tengah.

Perkara itu turut dikongsi legenda Liverpool sendiri, Jamie Carragher yang menyorot bahawa James Milner, Wijnaldum dan Jordan Henderson tidak mampu menyaingi pihak lawan di bahagian tengah dalam perlawanan itu.

Namun, Liverpool dilihat tidak membuang masa untuk menjilat luka kekalahan mereka sebaliknya telah pun mengesahkan penyertaan dua pemain baru yang dijangka bakal mengatasi kelemahan itu.

Dua pemain itu adalah Naby Keita dan Fabinho yang bakal memberi alternatif kepada masalah di bahagian tengah yang sekian lama membelenggu jurulatihnya Jurgen Klopp.

Keita dan Fabinho akan memberi alternatif gandingan untuk Henderson  James Milner, selain mengggantikan Emre Can yang hampir pasti akan berpindah ke Juventus.

Lebih menarik, Fabinho yang menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan £40 juta (RM212 juta) juga berpotensi digandingkan dengan Virgil van Dijk dan Dejan Lovren memandangkan pemain kebangsaan Brazil itu biasa menjadi pemain pertahanan.

Sementara itu, penyerang kelab Lyon, Nebil Fekir turut dispekulasikan akan menyertai Liverpool.

Sekiranya menjadi kenyataan, Fekir dijangka dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Philippe Coutinho sebagai playmaker untuk tidak terlalu bergantung kepada trio Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Pada aksi peringkat akhir UCL, Liverpool tewas 0-1 kepada Real Madrid yang turut menyaksikan penyerang utama Mohamed Salah mengalami kecederaan dan hanya bermain sehingga minit ke-30.

Pemain gantian Adam Lallana yang juga baru sembuh daripada kecederaan dilihat tidak mampu menggalas tugas untuk menggempur barisan pertahanan Real Madrid.

Liverpool juga kini dikatakan turut memburu khidmat penjaga gawang pasukan AS Roma, Allison susulan dua gol dalam perlawanan menentang Real Madrid itu turut dikaitkan dengan kesilapan Lorius Karius.

Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*