“Kau rasa boleh ke hidup dengan Eboy itu? Dia bukan berduit pun”- Syasya Solero Gadis ‘Macam Cantik Je..Macam Comel Je”

Asyalliee Makeup a.k.a Syasya Solero adalah seorang gadis yang pernah viral suatu masa dahulu disebabkan video “Macam cantik je.. Macam comel je..“. Disebabkan video tersebut, nama beliau menjadi trending dan sebu tan rakyat Malaysia sehinggakan banyak video parodi dihasilkan. Susulan daripada itulah sebenarnya membuka pintu rezeki buat Syasya Solero yang kini menjenamakan semula dirinya sebagai Asyalliee untuk dikenali peminat.

Beliau merupakan brand ambassador untuk produk kecantikan K’Doll Beauty dan produk fashion Leeyana Rahman. Perwatakan Asyalliee yang sentiasa positif itulah menjadi salah satu sebab kenapa dia mampu berdiri teguh walaupun beliau merupakan anak yatim piatu.

Semalam Syasya telah menyambut 2nd Anniversary perkahwinannya dengan jejaka pilihannya Eboy. Di ruangan instagram miliknya Syasya berkongsi kisah perkahwinannya menyentuh hati netizen. Jom kita baca

Happy Anniversary yang ke-2 tahun sayang @eboyarbaain Semoga cinta dan kasih sayang kita kekal sampai syurga . Masih banyak kita kena belajar lagi di alam perkahwinan ini . Gaduh hari hari tu perkara biasa gaduh manja , tapi kalau sampai masa bermanja , orang di keliling pun kita tak peduli kan

Terima kasih kerana terima saya seadanya , terima kasih kerana tahan dengan perangai saya yang saya rasa tiada lelaki lain sanggup . Awak adalah lelaki 1 dalam 1000 yang pernah saya jumpa dalam hidup saya

Saya masih ingat dengan kata kata orang terhadap awak , ada yang tanya saya
“Kau rasa kau boleh hidup ke dengan eboy tu? Dia tu bukannya berduit pun. Kerja dekat dc comic kedai baju je. Ada banyak lagi lelaki yang berduit nak dekat kau” Bila saya dengar ni , saya rasa nak hentak hentak ke kepala dia bila saya mengadu dekat awak pasal ni , awak hanya tersenyum sahaja

Sebab awak tahu tetap akan saya pilih awak , Duit boleh dicari . Awak ? tiada pengganti . Sebab saya nampak awak seorang yang sanggup bekerja keras untuk orang tersayang , awak tak risau penat lelah yang penting orang yang awak sayang gembira . Awak hormat orang tua awak , cara awak layan mak awak yang buat saya tersentuh . Kalau dengan mak sendiri dia hormat dan layan seperti permaisuri macam tu and macam tu la dia akan hormat dan layan isteri dan anak anak nya begitu

Di awal perkahwinan kita , walaupun kita susah dan dugaan macam macam datang , awak tetap layan saya macam permaisuri sampai la sekarang alhamdullilah ada la pitih sikit tetap awak layanan yang sama cuma kureng sikit la sebab haider dah ade *jeles*
Perjalanan masih panjang, Usia perkahwinan kita baru 2 tahun dan akan berkekalan sampai ke syurga inshaAllah . Dugaan pasti datang yang penting kita sama sama mengharunginya

kisahnya juga tular di sebabkan pic perkahwinannya yang rare. Kuat betul Syasya ini dukung suami. Biasanya suami yang dukung isteri je tu pun bernyawa tak lepas kan. Ni wanita angkat lelaki, hebat. Min kagum.

Asyalliee mempunyai minat yang sangat mendalam dalam makeup. Disebabkan itu, beliau banyak menghasilkan tutorial makeup di akuan Instagram dan Youtube miliknya.

Jenama produk makeup yang selalu digunakan atau yang paling digemarinya ialah Etude House dan Sephora walaupun ramai yang sedia maklum bahawa Asyalliee ialah model make up untuk peralatan kecantikan yang dijual oleh kakaknya sendiri.

Gambar sekarang syasya dan suami. Rasa2 syasya boleh angkat suami tak?

 

Biodata Asyalliee a.k.a Syasya Solero Macam Cantik Je, Macam Comel Je…

Biodata Asyalliee a.k.a Syasya Solero

Fakta Menarik Tentang Asyalliee a.k.a Syasya Solero

  • Merupakan peminat muzik KPOP antaranya EXO, Bangtan Boys, dan Girls Generation.
  • Mempunyai lebih daripada 1.3 juta followers di Instagram dan 250 ribu subscribers di Youtube.
  • Salah satu video yang paling popular pernah dihasilkannya bertajuk “Spicy Korean Noodle Challenge” yang mencatatkan 4 juta views dalam masa kurang 6 bulan.
  • Pernah menerima hadiah sebuah kereta mewah BMW 320i daripada suami sempena sambutan hari kelahirannya.



 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: world-wide24 / rilekslah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*