“Kata tak nak sembah?” – Biad4p dengan Permaisuri, lelaki k0ntr0versi tampil minta ampun

Sejak semalam, media sosial kecoh dengan satu posting di Twitter oleh seorang lelaki dikenali sebagai Firdaus Asraf yang dengan beraninya mengeluarkan kenyataan agak biad4p kepada Raja Permaisuri Agong.

Hal tersebut sekaligus menyebabkan para pengguna laman sosial geram dan mengecam tindakannya sehinggakan Raja Permaisuri mengambil keputusan menyahaktifkan akaun Twitternya.

Selepas teruk dihentam oleh netizen, lelaki tersebut telah pun membuat permohonan maaf menerusi Twitternya petang tadi. Menerusi kenyataannya, dia mengakui bahawa keterlanjuran yang dibuat agak melampaui batas dan memohon ampun kepada Raja Permaisuri Agong.

Sehubungan dengan itu, posting yang dibuat oleh Firdaus telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada netizen. Rata-rata masih lagi menzahirkan rasa geram dan kecewa mereka terhadap apa yang berlaku dan berharap dia benar-benar mengambil pengajaran diatas apa yang telah berlaku.

Sumber : Firdaus Asraf via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*